Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Saturday, July 31, 2010

HAPPY BIRTHDAY PUTRA EEDY MEGA=)

SALAM RINDU SERTA DOA SEMPENA ULANGTAHUN PUTRA EEDY MEGA YANG KE 26



Di Bandung pada April lepas. ;) (Abby tidak bermaya sebab dia baru bangun tidur:D)






Salam pembuka bicara setelah lama menghilang diri dan lenyap dari muka blog FLM. Haha, bukan hilang sebab kena culik, namun sedikit sibuk dengan arus semasa (walaupun BUKAN artis.):D Rindu FLM tak? wah, tengok-tengok FLM dah lama ya tak update blog ni, so, buat teman-teman semua, yang FLM tak sempat balas chat kalian di chatbox tu, akan FLM balas sekiranya ada waktu terluang. Don't worry, kita akan sentiasa berhubung. FLM begitu ketinggalan stories dari kalian semua, so, dari sehari ke sehari FLM akan cuba ambil waktu dan update stories korang. Mesti syok punya baca.


Ok, kalian mesti tertanya-tanya apa kaitan foto di atas dengan title yang FLM berikan pada entry kali ini?? Tertanya-tanya tak? So, bagi menjawab pertanyaan ataupun teka-teki yang berlegar-legar di fikiran u all ni, sebenarnya Putra Eedy Mega, abang sulong kami.Baru sahaja mencecah 26 pada tanggal 29 julai 2010. Since he stayed far away from us, so, dia celebrate sendiri. we here, just talk via a call, then wish him "HAPPY BIRTHDAY". Sudah agak tua, namun belum punya cewe..hehe.So, siapa nak, sila sila call di number berikut:+60193567884. lamatnya tekan tekan tak dapat. Nak cuba call lagi??sila sila catat nombor seterusnya versi indonesia: +68528733324. Haa? dah cuba? Tapi tetap tak dapat?hurm=_= Sebenarnya FLM tipu je la.tu nombor olok-olok je. Jangan percaya;) So dah tau PUTRA EEDY MEGA yang mana satu? ala, yang tinggi tak ubah seperti hero hindustan, hensem jugak la, yang penting muka tak macam jambu, lelaki sejati, baik hati, tak kedekut, friendly dengan semua spesies manusia.hahahhahaha..( kredit untuk bro eedy sbb i puji dia di blog ni, harap-harap nanti jumpa boleh dia belanja makan besar)


Nak tengok foto dia yang lebih jelas? Ok-Ok nanti FLM letak kat bawah ni ehh;)



Birthday Boy. Happy 26th Belated Birthday. Sudahh tuhaa^_^
Kabur? Nak lebih terang? Ala, di laptop ni penuh dengan gambar-gambar budak comel je. So, he's not including as "budak comel" haha...Nak gambar jelas beliau, ada di tepi tu (sidebar) . So, sila-silalah cari sendiri


Doa dari kami:
~Moga sihat-sihat selalu
~kenang kami dalam doamu
~Dapat rezeki banyak-banyak
~Lebih bertanggungjawab
~Makin ensem
~Makin baik hati
~Makin boros supaya dapat selalu belanja makan
~Cepat dapat jodoh yang baik
~Semoga dapat seperti apa yang dihajatkan dan dicita-citakan.






SALAM ULANGTAHUN BUAT PUTRA EEDY MEGA,



Sunday, July 25, 2010

HAPPY BIRTHDAY BONDA :')



Bonda,
Hari itu berlalu dengan sepantas kilatan,
Hari itu aku masih bayi,
Aku masih bergelar balita,
Asyik alpa dengan sukanya ria,
Asyiknya bercanda menahan tawa,
Yang waktu itu aku,
Masih cetek pengetahuan,
Amat mendambakan ilmu sejati,
Kasih sayang yang suci,
Perhatian yang utuh,
Darimu, bondaku.


Bonda,
Kini aku sudah tumbuh dewasa,
Dari hari ini menginjak ke hari esok,
Tumbuhnya aku dengan sempurna,
Seutuh didikanmu, amanatmu, pesananmu,
Yang ku pegang untuk dijadikan,
Panduan tanda arah sebuah kehidupan,
Mencapai gemilangnya disusul nyata,
Berkat tadah tanganmu,
Yang ikhlas tulusnya mendoakanku.


 Bonda,
Aku di antara nak-anakmu yang mempunyai serba keinginan,
Aku mahu menjadi,
Seorang yang dibangga,
Seorang yang berjasa,
Seorang yang memenuhi sifat-sifat kemuliaan,
Untuk memenuhi amalan kehidupan sejagat,
Aku mahu terus bangkit,
Mengelola duniaku yang pantang mundur,
Selaras dengan keinginanmu.

Bonda,
Kau seorang wanita hebat,
Yang patut aku banggkan,
Usiamu di kala muda jua sudah mencapai semuanya,
ukhrawi duniawi semua dituntut,
Demi menjaga amanat leluhur,
Yang semakin hari semakin membisik nyata,
Tentang Amanat dan wasiat,
Yang perlu diaturkan,
Ketahuilah,
Aku amat bangga itu.

Bonda,
Sadarkah dirimu,
Kini menginjak lagi usiamu setahun,
44 Tahun melangkah sudah,
Namun keringat tuamu,
Masih lagi gagah,
 Doaku mengirimu,
Khusyuk tanganku mendah dan membisikkan ,
Kalimat terindah supaya,
Bonda sentiasa di bawah payung kerahmatan Illahi,
Mengucup dahi kami sebgai tanda kecintaan selama-lamanya,
Utuh bersama kitas ekeluarga,
Dengan amanat digalas bersama,
Dikendong membawa kejayaan di sini dan di alam sana.
Sujud syukur dengan lipat ganda kurniaan,
Dengan ehsan Yang Maha Esa,
Kurniaan yang tiada tandingan.


Bonda,
Kukucup dahimu,
Ku cium pipimu,
Ku peluk erat hangatnya tubuhmu, 
Tanda kasihku buatmu,
Utuh tiada tandinganmu,
Bonda,
Dengan secalit dosa kepadamu bonda,
Aku dengan sepenuh hati ingin memohon beribu kemaafan,
Tiada kata-kata lain,
Melainkan ungkapan kasih dan sayang,
Terhadapmu, 
Iringilah hidupku dengan keberkatan serta keikhlasan doamu,
Sesungguhnya,
Syurga itu di bawah tapak kakimu.



CATATAN TENTANG BONDA:
~RAJA FAUZIAH BT SYED YAACOB ABDULLAH
~DILAHIRKAN PADA TANGGAL 20 JULAI 1966
~SEORANG USAHAWAN BERJAYA
~ISTERI KEPADA RAJA SAZALI RAJA HASSAN
~IBU KEPADA 6 ORANG ANAK IAITU RAJA TENGKU PUTRI ANIS , PUTRA EEDY MEGA, TENGKU PUTRA MOHD HUSSIN, RAJA TENGKU PUTRI FARHANIS SHAFIFI (SAYA), RAJA TENGKU PUTRI FARRA ARISHA, RAJA TENGKU PUTRI SOLFIE SALSABILLA

klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA YANG KE-44











SALAM WARKAH BUAT BONDA,


Saturday, July 24, 2010

TAG & AWARD FROM MJ@THIS IS MY TALE BLOG;-D

HYE DAN SALAM TAG & AWARD =D


Hye, rindu FLM tak? Dah lama kan tak menulis (padahal baru 2 hari):) FLM rindu nak menulis panjang-panjang tapi waktu dan keadaan begitu tidak mengizikan since i have lots of job and activities around me yang sangat melelahkan;) cerita punya cerita hari ini weekend kan? So, apa yang kalian di luar sana lakukan? Adakah ini waktu anda berkumpul bersama keluarga? Atau mungkin ada di antara anda yang melncong ke sana ke mari. Ada juga yang sedang bersantai bersama teman-teman untuk merehatkan minda dari sibuk belajar di sekolah. Well, apapun yang kalian lakukan, i hope u'll get the best time with ur beloved friends and family:)


Ok sebenaarnya tujuan FLM melungkan sedikit waktu sekitar 10 minit meyibukkan jari jemari untuk menaip-naip di keyboard ni adalah untuk meng war warkan bahawa dua hari lepas (kalau tak silap) di shoutbox FLM telah di postkan oleh Cik Maryamm Jamilah untuk menerima award dari beliau. wah, ingatkan musim award ni sudah berhenti, namun masih ada lagi yang sudi menyebarkan award ini. Terima kasih banyak-banyak kerana bagi Interestin Blog Award ini. Bagi FLM, Flm memang tak memenuhi ciri-ciri seperti top bloggers yang lain, bahkan FLm sendiri banyak belajar daripda tutorial blog untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang blog. Rakan- rakan blogger juga banyak membantu FLM dalam mempromosikan blog ini. Terima kasih buat u all semua:) Jasa anda sangat dikenang. Di bawah ini Flm telah sediakan banner award tersebut dan juga beberapa lagi soalan-soalan yang perlu FLM jawab bagi memenuhi syaratnya.








http://2.bp.blogspot.com/_h7mQLLSWJgw/TEfWgRG_B1I/AAAAAAAAAss/nqUNquLJNxE/s1600/award_interesting.jpg
CIK MJ

Inilah award yang FLM terima.. Wah happy nya. Rasa macam artist dapat award. Haha. ups maaf terlebih kata;)



Ucap terima kasih dan link kat insan yang tag kat kita:
ok ok..First of all , FLM nak ucap bebanyak terima kasih buat Cik Mj sebab dah bagi Tag FLM award ini;) Sangat-sangat mengahargainya. Namun, mohon maaf juga sebab Fifiey mengambil masa 2 hari to publish it.;)  



Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika:
Wah banyak nya:(  3 orang sudah la ye. Haha, next time FLM buat pesta award. Haa, masa tu 100 orang pun FLM bagi-bagi award taww^_^

Bagitau insan-insan yang bertuah ni menerusi chatbox dorang:
Dalam proses..:) wait and see..


Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri
  1. Berani mencuba
  2. Suka yang cantik dan kemas
  3. Ke arah untuk menjadi seorang yang kreatif
  4. Banyak cakap
  5. Knowledgeable and try to be as smart as can
  6. Positive thinking
  7. A food lover;)

yeay, FLM dah selesai jawab tag dari Miss Mj. tengkiyuu tengkiyuu..Nanti kalau sape sape nak bagi award lagi, silakan, silakan. Walaupun FLM tau blog FLM biasa-biasa je, namun, inilah ruangan FLM untuk menulis mahupun menconteng apa sahaja yang FLM suka.:)




SALAM MESRA AWARD,






Wednesday, July 21, 2010

ABBY'S ACTION WHEN MEETS MAKE-UP


Hye Dan Salam Celoteh Dari 
Si Centil Manis Abby

Hye Hye apa kabar semua.. Wah rindu la nak menari atas keyboard ni.. Ups bukan menari macam Lady Gaga tauu, cuma menari ertinya menaip di papan kekunci yang tidak terkunci ni. Ye la buat apa nak kunci, bukan ada harta karun pun kan kan kan??haha. Anyway semalam birthday my mom tawww, tapi i rasa, nak tangguhkan dulu pasal entry story about my beloved mom tu. Ye la bukan apa, kalau nak cerita sesuatu yang penting i tak suka mengambil waktu
yang singkat macam keadaan harini, mestila kena kasi sepenuh perhatian atas penulisan tersebut kan. 


Ok seperti yang korang semua tengok, kat bawah ni ada beberapa keping gambar. seperti biasalah, hari ini i nak ceritakan telatah abby yang pasti menggamit jiwa semua orang . Cewah, haha, tapi seriously, budak kecik ni memang lucu, selain mulutnya pot pet pot pet, dia juga genit bergaya, dan yang paling penting pandai menyesuaikan diri dengan keadaan samada dengan orang tua ataupun muda, So o wonderlah dia diminati ramai. Jelous jelous i taww=_=.. haha


Cerita punya cerita, ni tadi teletahnya. Dia memang dari kecik lagi diminta beli make-up. So dia memang dah ada alat solek sendiri. Yang paling lucunya pandai pulak dia bermakeup..Memang dari dulu lagi dia suka mencuba. Orang kata tak padan dengan umur. Err, rasanya I waktu kecik lebih pendiam kot, tu kata mama, then dah besar panjang ni mulut pot pet terus timbul. Adakah terbalik dengan sifat abby yang mana telatah waktu kecil lebih genit dan apabila dewasa akan diam??? Just wait and see la.haha.



Abby depan cermin pakai blusher. Pink nye mak oii..




Tak cukup pink ni..tambah sikit lagi la..(jangan jadi macam badut sudaa abby ye:)




Amboi, mulut bila makeup wajib senget eh abby?haha,,ade2 je adik nii:p




Eyeshadow pelengkap hiasan mata..nanti nak suruh mama belikan contact lense ye??warna apa abby??biru ye?adess,macam omputeh/bullet nnt:ptak payah la, mata abby dah coklat:p





 Inilah hasilnya...hehe...cantek kn cantek:p sekali sekale bagi chance adik abby puji diri sendiri..wah, pandai abby make up..nanti tlg make-up kan kak piiee ye biar lawa cam abby..muah muaahhh muahh abby!!




 
Inilah alat solek abby. Banyak kaler macam pelangi. Dia paling suka warnaa pink. Kata dia nanti besar nak make-up macam kak putri produk mac (dalam ati aku berkata:adesss, budak-budak zaman sekarang cerdik mengalahkan orang tua, minum dan makan apa adik jadi bijak ni??=_6..huft...over sudaa tu:p)




Sekali lagi, sekali lagi posing, tak puas tadi..haha..wah, puas tengok hasil make up sendri..:p




OK ok jangan salah sangka.. Yang sebelah abby tu, bukan FLM taww... she's exactly look alike me, but we are not twin.. We are siblings..she was my younger sister, puteri arisha, 14 years old. so, i beza dengan dia 3 tahun, but she's taller than me. How sad i am. :( Please Please God bagi chance untuk FLM rasa tinggi..(but not with the way of using high heels ok)



Wah, badan FLM sehari dua ni memang rasa tak enak. So no wonder saya rasa malas sangat nak menaip dan berblogging( walhal hari2 online  fb) haha:D.. but seriously babe, i really not in mood. Cuma tengok muka2 lucu dua adikku ini, membuatkan semangat FLM membuak-buak untuk menerbitkan entry ini. Seperti yang FLM cakap sebelum ni, kalau tak ada urusan penting mahupun entry yang FLM rasa menarik untuk diterbitkan di sini, FLM akan berdiam diri. Haha. Anyway last but not least i wanna wish to my mom "HAPPY 44th BELATED BRTHDAY". Nanti FLM buat entry khas ok tentang beliau yang kini sudah menginjak usia 44 tahun. Doaku yang baik akan sentiasa mengirimu mama..Wah, tak boleh berceloteh panjang lebar lagi sebab nanti kalau nak buat entry lain no point sudaa. 


Setakat ini sahaja celoteh FLM untuk posting kali ini.Harap anda semua terhibur membacanya. Sebarang komen tentang entry boleh dibuat dengan click butang comment lalu, menulislah comment, lalu setelah FLM approve maka akan terbitlah komen-komen anda yang mungkin membuat FLM ketawa:) Terima kasih atas kesudian anda membaca entry FLM pada kali ini.
Kerjasaama anda amatlah FLM hargai. Doakan supaya FLM sihat walafiat di samping keluarga tercinta eeh.. Nanti kalau badan tak segar, fikiran pun meruum, jadi tak boleh laa nak share stories dengan u guys (walaupun tak ramai sudi membaca all my entries) haha..Like i told u before, i write for myself, to express, to share about mine, so, bg yang sudi baca, alhamdulillah, at least u all dapat kenal FLM dan secara automatik FLM dapat mengenali rakan-rakan blogger yang lain juga (for ur information, i love to make friends, who u are, where u are, i don't mind!), bagi yang rasa tak mau bca, its up to u..i'm just happy with my writing.:D
Keep in touch! Insyaallah dari sehari ke sehari FLM akan menjejaki follower-follower yang lain untuk lebih mengenali kalian semua. Terima kasih.



P/S untuk semua: maaf kali ini tidak dipaparkan foto FLM kerana FLM lagi tidak sihat dan mukanya kalau tak sihat akan cememen..kalau nak tahu apa maksud  cememen tanyalah abby.haha..memang takde dalam kamus dewan edisi ke4 sekalipun, tak payah susah-susah buka biji mata untuk cari.. Buang masa je. Baik gi makan eh..hahaAnyway pesanan sekali lagi, doakan supaya FLM sihat! Terima kasih. Doa anda amat FLM hargai.


SALAM CELOTEH ABBY,


Sunday, July 18, 2010

CORETANKU DI LUKISAN SYAHDU...








Di sebalik lakaran berwarna-warni itu,
Sebalik garisan mencoret wajah,
Sebalik kaca-kaca gelap,
Sebalik temasya sinaran cahaya ,
Sebalik manusia mempertegas kata,
Sebalik manusia heboh berbicara,
Sebalik adat dijunjung,agama dikendong,
Wujud sebuah renungan.



Madah berlagu bukan kepalang,
Syair diungkap angan digenggam,
Coretan senja melakarkan segalanya,
Tidak hanya memegang peran,
Berceritera di taman kayangan.
Aku adalah aku,
Yang merenungkan dan direnungkan,
Asyiknya rasa mencubit jiwa,
Ketahuan akan hari mendatang,
Walaupun hari ini belum lagi mencapai sorenya esok.



Namun,
Di dalam lemparan tajam,
Tersirat di sebalik suatu tersurat,
yang kadangkala menjengah kita,
Dalam senyuman lafaznya ayat,
Yang tidak mengerti akan kiasan emas,
Tuturan manis mengatur lidah berbicara,
Hanya merungkai sedikit pengertian,
Agar difahami dan senantiasa memahami.
Di dalam lukisan itulah,
Tercipta sejuta rasa.


Kita bukan boneka salju,
Kita bukan lukisan paparan seni,
Kita bukan robot sejuta fungsi,
Kita bukan ciptaan seni manusia,
Kita manusia yang punya jiwa,
Punya rasa,
Punya naluri,
Punya hati nurani,
Datang menjengah duniwai yang kian sepi,
Dari syahdunya takbiran Adzan,
Dan merduanya yat suci alquran dikumat-kumitkan oleh mulut para manusia.
Bertindaklah manusia,
Lakukan sesuatu yang bisa mengubah dunia,
Tanpa ada cacat dan cela,
Tanpa ada kezaliman dunia,
Tanpa ada anak kecil, warga emas, serta fakir miskin terhina
Serta teraniaya.



Di situlah sejarah tercipta,
Gah nya biasa, namun rasanya besar,
Bersatu harmonis penyumbang daya,
Biarkan orang bertikam lidah,
Jangan kita mencana durja,
Lakukan apa yang daya, 
Selagi itu diperkenankan Yang Mahan Kuasa, 
Padan sudah dengan lelah, Padan sudah dengan peredaran waktu serta orbit berputar tanpa henti, 
Dari malam ke pagi, 
Dari pagi ke malamnya lagi,
Padan sudah dengan terbitnya senja, Padan sudah dengan hamburnya rezeki kurniaan Tuhan. 
Demi menegakkan sebuah kebenaran yang hakiki 
Dan mutlak adanya.




Salam Coretan,


Wednesday, July 14, 2010

SWIMMING POOL TIME!!!


Hye Dan Selamat Malam

Apa kabar kalian di luar sana? Adakah baik-baik shaaja macam dalam lagu Wali Band, Baik-Baik sayang atau macam dalam lagu bagus tapi tak baik? Ops maaf terlalut sebentar. Ok Ok.. First sekali nak tanya seperti biasa lah, soalan famous FLM mesti la apa khabar kalian semua hari ini, petang ini dan malam ini? Hope everything's fine dan ok. Well, FLM macam biasa, sihat walafiat bin sejahtera binti damai ingin memaklumkan bahawa kegiatan FLM hari ini. Flm shortcut je la. Haa, ni dia aktiviti petang-petang FLM. Salah satu hobi FLM adalah beriadah di waktu petang supaya tak jemu di rumah. Sekali sekala kena juga keluar ambil angin, makan angin, suap angin. Teringat pula masa tu cakap-cakap dengan orang Indonesia then diorang terkezut FLM sebut makan angin. Saya lupa di sini tak ada perkataan ataupun Word "makan angin" itu. Malah mereka bertanya kembali, "gimana yaah rasanya makan angin itu?mank angin bisa dimakan?" Haha, terkaku sebentar FLM nak jawab. Jadi dengan tergopoh gapah FLM cakap kat diorang yang itu salah satu simbol menerangkan kita keluar melancong atau pun ambil angin mula maksudnya, kita keluar santai-santai di luar. Hah, sekarang mereka mula menyebut "keluar ambil angin" yang merupakan trademark FLM sendiri. Tak kesah berkongsi bahasa dan ilmu memang tujuan utama FLM tambah-tambah lagi kita berada di antara dua negara:)


Ok bercakap pasal aktiviti yang ingin FLM ketengahkan pada hari ini ialah tentang aktiviti sukan renang. Tak kisah lah beredang di pulau ke, sungai ke, Swimming pool ke, atau kat mana-mana yang patut sekalipun tak pe. As long as u guys tahu apa kebaikan sesi riadah sukan ini di dalam hidup kita. Tanpa sukan, baan kita tidak cergas dan lemah. Oleh yang demikian, memandangkan FLM kaki bangku dan tidak boleh bermain bola, maka FLM ambil inisiatif ntuk menukar aktiviti riadah FLM kepada aktiviti renang. Amacam? Nak join? Sila Sila pakat ramai-ramai join ye. Buat setakat ini, FLM tahu akan faedah ataupun kebaikan aktiviti renang ini. Antaranya adalah, mengikut kajian pakar:



  • Merangkumi peningkatan kekuatan dan fleksibiliti, meningkatkan stamina dan keseimbangan otot, jantung kuat, dan fizikal yang lebih baik atau tokoh. Selain itu, kolam juga pernah bekerja sebagai pantas dan berkesan ubat untuk penyembuhan otot.
  • Kolam juga membantu mengendalikan berat badan dan boleh meringankan fikiran anda daripada stres dan ketegangan, Fueling tahap tenaga anda untuk sebahagian besar. Hal ini akan membuat anda tetap dalam bentuk yang sempurna, fizikal mahupun mental. Bisa Berenang sangat bermanfaat bagi jantung anda, paru-paru, dan otot. Regular renang membina kekuatan otot dan stamina, Dan Juga Meningkatkan sikap dan fleksibiliti.
  • Kolam Dapat Khususnya cukup membantu untuk Individu Siapa Obesiti, atau Individu Penderitaan dari belakang bawah atau kaki masalah. Tawaran Kegiatan ini seperti beberapa manfaat aerobik dan program latihan berat lain, berenang tidak meletakkan beban pada rangkaian ikat.
  • Kolam Dapat kegiatan rekreasi yang indah bagi individu dan keluarga. Kegiatan ini secara berperingkat dapat Meningkatkan denyut jantung dan aktiviti Merangsang otot anda. Selain itu, kolam Meningkatkan sirkulasi darah melalui otot-otot anda untuk membantu Mereka pulih, dan membantu anda rileks apabila anda meluncur di air.
  • Kolam membakar 3 kalori satu batu per pon berat badan. Misalnya jika anda mempertimbangkan £ 150 dan membawa anda sekitar sekitar 30 minit untuk berenang pertama batu, maka anda boleh berharap untuk kehilangan 900 kalori dalam satu jam. Kolam untuk kecergasan adalah cepat mendapatkan banyak populariti, kerana boleh menjadi aktiviti yang sempurna untuk hampir semua orang. Ini termasuk atlet yang paling kompetitif kepada individu yang kurang upaya.
  • Kajian menunjukkan bahawa wanita hamil keuntungan lebih besar dari renang. Ini membuat otot-otot perut mereka yang kuat, yang paling penting ketika membawa bayi. Selain itu, kembali dan menguatkan otot-otot yang membantu wanita pasca mastektomi membawa berat badan mereka dengan lebih mudah. Menurut para ahli, bersenam di dalam air hanya dapat mengurangkan simpulan sendi, tekanan darah tinggi, dan tidak nyaman, yang sering dikaitkan dengan kehamilan.
  • Setelah seorang wanita baru saja menjalani operasi payudara, doktor sering menyarankan berenang sebagai sebahagian daripada proses pemulihan. Ini dianggap sebagai cara yang menguntungkan dari latihan semua kumpulan otot utama. Sangat disarankan agar anda berunding dengan doktor sebelum memulakan program latihan. Hal ini sangat penting untuk berbicara dengan para ahli kerana mereka dapat memastikan yang stroke renang yang moderat dan yang dapat berat.




    abby ebot bersama FLM:))



    FLM sayang abby!!!




    ahh, sukanya saya..ala-ala duyung tak? haha



    perghh, abby r u gana dance in water? wahh,memang duyung sejati:p




    Sudah mau mengundurkan diri. bye bye semua:))


    LAST BUT NOT LEAST

    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :

    Well, ini foto penghabisan, setelah penat berendam dalam air:) zebra girls come out !!!




    Memandangkan hari sudah larut malam,
    Wlaupun ada yang masih kata, ala,malam masih muda,
    Namun, FLM rasa ini adalah jadual,
    Jadual yang mana,
    Bila mata FLM sudah mengantuk,
    FLM akan masuk tidur,
    Bila FLM dah tidur,
    FLM akan mimpi,
    Kalau FLM mimpi itu tandanya FLM tak basuh kaki sbelum tidur,
    Kalau FLM mimpi,
    Harap-harap FLM mimpi FLM sekarang berada di TURKI.
    Wah bestnya,
    Dan di TURKI FLM akan rehat sepenuhnya, dan yang penting FLM nak jejak MASJID BIRU!!!
    Doakan biar FLM mimpi kat sana eh!!
    Selamat tidur semua. 



    TUNGGU NEXT ENTRY DARI FLM OK???
      THANKS FOR READING MY ENTRY.
    AMBIL PEDOMAN DARI AMANAT FLM TENTANG KEBAIKAN DAN FAEDAH BERENANG OK!!
    SEBELUM U ALL UCAP TERIMA KASIH SEBAB FLM TELAH BERI TIPS TU, FLM TERLEBIH AWAL UCAP SESAMA:))
    KAN SHARING IS CARING.
    TU TRADEMARK FLM TAU.


    OK OK,
    DAH NAK TIDUR.
    SELAMAT MALAM:)






         Lots Of Love,






    Tuesday, July 13, 2010

    RASA INI.....

                                  

    melodi ombak beralun,
    menepis gegendang telinga,
    tepisan bayu menggoda fikiran,
    Lalu melayang aku entah ke mana,
    Seakan bukan injakan nyata,
    Seraut wajah merenung tajam,
    mengimbas sesebuah keusangan hidup,
    Lalu wujudnya mimpi alunan syahdu,
    Kian mengenggam nyata.

    Melodi ombak beralun,
    Jatuh layu di dalam genggaman,
    Secebis hati ingin ku lari,
    Terdetik seketika keindahan,
    Di kala sinetron menginjak nyata,
    Di kala itu aku tunduk sujud syukur.

    Melodi ombak beralun,
    Semakin kencang deruan angin sore,
    Langit membiru,
    Indahnya kebersamaan,
    Di saat cahaya senja muncul,
    Di situlah aku tersadar.

    Melodi ombak beralun,
    Berkhirlah semua ini,
    Muncullah senja baru,
    Terbitnya pelangi aku inginkan,
    Graviti dunia yang nyata,
    Tanpa sebarang melodi luka,
    Mencerahkan dunia syurgawi,
    Tanpa ada syahdu duka pilu,
    Dengan secebis kebahagiaan,
    Tanpa helaan nafas yang meronta.


                                  Lots Of Love,


    Monday, July 12, 2010

    SPAIN OH YEAH SPAIN



    HYE DAN SALAM PENGHUJUNG WORLD CUP DENGAN KEMENANGAN SPAIN



    Hye dan salam buat semua bloggers. Well hari ini cuaca amat baik, panas terik sehingga dapat mengeringkan baju-baju yang dijemur. Namun itu bukan tujuan FLM ingin bercerita, hanya sekadar cerita tambahan apabila FLM memulakan jari-jemari menaip di atas papan kekunci. Hari ini seperti yang sudah dijanjikan di entry yang sebelumnya, FLM ingin sekali merungkai kembali episod WORLD CUP edisi 2010 yang telah berakhir dengan jayanya pada pagi semalam,. Buat peminat Belanda janganlah marah, janganlah emo, janganlah kutuk0mengutuk malah terimalah seadanya akan kekalahan pasukan Belanda. Dan sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan Spain yang telah menjuarai keseluruhan World Cup 2010. Wah, ucapan FLM ini, sememngnya tidak didengari oleh pasukan Spain sendiri, namun, itu sekadar ucapan yang mungkin menghangatkan sesuatu penulisan:D 




    FLM menonton bola di sebalik lychee. trademark sudah lychee itu.Lychee oh lychee:p



    Berbalik kepada cerita asal, 
    Hangat dan bahangnya FIFA WORL CUP 2010 tahun ini,
    Telah menjadi sesuatu yang sangat luarbiasa,
    Di mana seluruh negara,
    Termasuklah,
    Anak Ck Kiah, Cik Minah, Pak Mat, Pak Leh, Pak Samad Serte Cik Jenab,
    Semua tahan untuk berjaga malam,
    Semata-mata untuk menonton si pasukan dari negara luar 
    Duk bertendang satu bola yang sama.
     Itulah demam WORLD CUP





    Ada juga yang sanggup,
    Berjaga di kedai kopi, 
    Lepak di warung awal-awal maghrib,
    Pas keje terus muncullah dia,
    Padahal Bola tak start pun lagi,
    Sampai tak ingat ghumah, tak  ingat dunia.
    Duduk melepak cam takde kerja,
    Anak bini duk umah,
    Tup Tap tengok jam wah 6 Subuh baru balik
    Itulah demam WORL CUP






    Bila sudah mula games,
    Makin ramai lah yang duk ternganga depan tv,
    Segala kerja ditangguhkan,
    Tak kira tua mahupun budak, mahupun remaja,mahupun dewasa
    Semuanya sama,
    Mempunyai penyakit ketularan dari virus 
    Demam Bola yang tiada penawarnya
    Oh tidak..
    apa sudah berlaku,
    virus makin menyebar ibarat pelbagai cloning telah dibuat,
    bukan sahaja di negara ini,
    Malah di seluruh dunia,
    Bagi yang minat mahupun tiak,
    Pati akan terimbas juga,
    Inilah demam WORLD CUP



    Mula-mula tengok,
    Berdebar,
    Pasukan mana yang menang,
    Tak kira perempuan lelaki,
    Pasti tercongok depan tb,
    Bukan FLM(cuma tengok melalui newspaper or online news,
    Tu pun supaya orang tak kata ketinggalan zaman atau informasi,
    Sekadar mengikut arus katakan:D
    Inilah demam WORLD CUP.



    Mula-mula kaki terangkat,
    Tangan mula mengetuk meja,mahupun kerusi,
    Atau apa jua benda,
    bagi menyatakan hangatnya permainan yang dilangsungkan,
    Mata mula melilau,
    sorakan mula bertakbir,
    Lebih dari takbir raya,
    Lantas mulut langsung menyebut,
    ohhhhhhhhh gggggggggoooooooollllllll!!!!!
    Penangan hebat si penyumbat gol.
    Dengan muka penuh innocent,
    Orang yang tidur pun boleh terjaga tawww~
    Inilah demam WORLD CUP.




    Keji-mengkeji,
    Kutuk mengutuk,
    Apahal pula peminat yang kecoh-kecoh,
    Padahal pasukan masing-masing bersusah payah duk main di tengah padang,
    Mulalah,ada sesetengah pihak tak berpuas hati,
    Bertindak di alam nyata,
    Mahupun alam maya,
    Melemparkan kata-kata,
    Yang tak enak didengar mahupun diucap,
    Sampai membuat FLM rasa terbakar,
    Nak yang terbaik?
    Pi sana,mohon diri untuk maiin mewakili German,England, Brazil, Argentina yee taun depan!!!
    Inilah demam WORLD CUP.




    Dah tiba masa di penghujung,
    Bahangnya semakin memuncak,
    Ada yang taruh energi untuk berjaga malam,
    Tak kira budak sekolah mahupun orang tua bekerja,
    Diungkapkan sekali lagi(BUKAN TERMASUK FLM):D
    Semata-mata nak tengok final WORLD CUP,
    Sambil-sambil tuu mungkin ada yang lepak dengan kengkawan, awek masing-masing,keluarga,atau sape2 je la.
    Sambil nonton,sambil makan,
    barangkali...........
    Inilah demam WORLD CUP.




    Kini semuanya telah berakhr,
    Dengan termayshurnya kemenangan Spain,
    Mengalahkan Belanda dengan mata 4-1
    Suatu kegembiraan buat semua penyokong setia Spain,
    Ramalan si gurita yang sangat tepat,
    Sotong yang sangat genius telah menghebahkan dunia,
    Dengan sifatnya yang suka menilik kejuaraan WORLD CUP milik siapa,
    Ala-ala paranormal,
    Begitu hebat sehingga ramai yang terpedaya,
    Mungkin ramai orang-orang pengaruh dunia bakal "membeli" si sotong ini.
    Apapun juga,
    Penyokong Belanda ada yang masih yidak berpuas hati,
    Sudah-sudahlah,
    Semuanya telah berakhir,
    Lakukan aktiviti kalian semua,
    Seperti masa lalu,
    Demi memajukan diri sendiri,
    Bukan bola semata-mata,
    Sekadar mengikut arus dunia tidak mengapa.
    Inilah demam WORLD CUP
    Kini virusnya mulai tidak menyebar,
    Dalam arti bakal menjadi sejarah yang tidak terlupakan,
    Virus tersebut bakal menyerang lagi,
    Pada tahun 2014,
    Bersiap-sedialah dengan ramalan si gurita yang sangat luar biasa:))











    PASUKAN SPAIN YANG TELAH BERJAYA MERANGKUL JUARA WORLD CUP 2010



















    Penyokong setia Spain



    Animatur cartoon menunjukkan juaranya Spain:)







    Lots Of Love,
















































































    HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

    Related Posts with Thumbnails