Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, December 23, 2010

PASIR PUTIH TEPI PANTAI, OMBAK SALING BERKEJARAN (SILA SAMBUNG LAGU INI)

Hye kawan-kawan semua, eh pelik dan aneh? Jangan pelik-pelik,. Oh yes, Fifiey update lagi, sebab tangan kalau tak click keyboard ni, memang tak sah, kalau ada peluang lah, kalau tak, diri akan sibuk sangat dengan aktiviti kemasyarakatan. Cewahh, kalah PM kan kan kan? Hari tu kan, awak kan, saya kan, pergi dekat suatu tempat tau, tempat dia memang saya dah pernah pergi, tapi dah lama sangat tak pergi, iaitu PANTAI! Di mana? Dekat Besut je awak. Saya sekarang di sebuah pedalaman, eh not la, pinggir bandar Besut, so, the things i see exactly alam sekitar yang kurang pertumbuhan bangunan pencakar langit. Tapi memang puas hati lah, lepas ke wisata rekreasi di kolam air panas, pergi pulak ke pantai-pantai terdekat, iaitu Pantai Bukit Kluang and Pantai Air Tawar.  Sampai je di pantai, saya berlari-lari macam Amalina Ah Ah nyanyi lagu dangdut tu. Percaya tak? Saya masa kecik-kecik dulu suka sangat dengar lagu dangdut dari Amalina tu tau, kat mna ye dia sekarang? Dah tak dengar namanya. Tapi saya banyak cd dia woo, time karaoke je, mesti dengar ayat, "ah, ah" dia tu. huahuahua... Alah malu lah nak menari , berlari di pinggir pantai dan besar-besar ni, cukup posing sudah:D P{osing ala-ala rambut terbang tu, cun tak? Ok, did u see what's the thing on my palm? Bukan palm plantation tu tauu. ceh, palm tapak tangan lah! Ok, that is the crab. The small crab. Suka sangat pegang itu, sebab dia kecik sangat, cute!



OK, antara beberapa kanak-kanak ribena, adik-adik yang sangatlah hyperactive, membuatkan keadaan lebih meriah di pantai. Ingat nak main volleyball di pantai, tapi tak syok lah, angin kuat sangat! Apa lagi, posing lagi, posing lagi, sampai muntah! Meh sini nak nyanyi boleh? Jap, baiki suara dulu..Ehem, ehem, testing 1,2,3......



Abis je tahap ngetest-ngetest tadi, suara i jauh tak bagus berbanding abby, ok, now, kita dengar suara si neng geulis Abby nyanyi oke:D Fuyooo, mantabbb bah!



Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran
Kau lari aku mengejar
Di antara deru rindu... kita berdua

Basah-basahnya rambutmu
Sebasah asmara kita
Siapa dulu yang empunya
Kalau bukan ku seorang...
Kekasih hati

Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Abadaikan cinta kita
Ku... ku... ku... punya cinta
Ku... ku... ku... punya rindu
Kita bina selamanya

Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Seakan dunia milik kita berdua
Satukan rasa
Asyik... asyik... asyik
Asyik... asyiknya bercinta
Saling melepas rindu didada, antara kita

Asyik... asyik... asyik

Manis-manisnya senyummu
Semanis asmara kita
Ikan laut pun menari
Nyiur dipantai bernyanyi
Sungguh asyiknya




Adik Mohd Fikrie berusia 14 tahun dah nak masuk 15 ni, yang bajet ala-ala Joey Ramones. Selalu kena membebel oleh ibunya dan suka buli. Waa, gua juga pernah dibulinya. Damn, and i called him jojongggggggggg dan kadang-kadang puji sikit-sikit budak ni, cair ahh. Haha, ok fine, tu dia punya hal. He's crazy to be like that punk rock singer yang sangat-sangat popular giler era 70-an kalau Fififey tak silap lah. Memang semua lagu band The Sex Pistols dihafalnyaSampai pagi-pagi memang yang lain tak boleh tidur, asyik-asyik diputarkan lagu My way dan banyak lagi lah! Nak tahu kena tanya dia, kompem semua soalan berkenaan The Sex Pistols boleh dijawabnya dengan betul. Tabik spring laah!



Weihh semua, kenapa rambut mencacak macam duri landak? tak suka laah. nak gerbag manis macam Jennifer Lopez ke, Christina Aguilera ke, dan semua yang cun cun tu laah kn. haha. Eh ombak tu mengerikan la. Oh no, tak boleh pegi Pulau Perhentian tau! Takut gelombang, haishhh saya pun tak kena pilih waktu la nak bercuti! haha. Chill sajaulah walau di mana berada. Last but not least, lupa nak kenalkan, yang di tengah tu, abang kepada Joey Ramones versi melayu, iaitu Asmawi Ani, eh eh silap laah,  Panggil Awie Spring je:) ok? Chill! Kitorang semai dah memang brothers and sisters, masing-masing pandai membuli sesama sendiri.:D


Omaigosshh, Abby yang semakin buncit, tengok dia pakai baju moew-meow padahal kitorg semua takut dengan kucing tauu. Tu lah sebab ada tulisan "BEWARE" haha. mana tak nya nak tergelak sepanjang masa tengok Abby.  main-main, makan-makan, bergurau-senda dan juga yang penting malam-malam tetap mintak KFC:) 

And...

Her sisters tetap posing tak terkalahkan oleh adik:D


Fascinated with the happy family !
Thanks for making the day:')
Bubye guys, Until then with the next stories!
Thousands thanks for reading this!





Lots of love,


Wednesday, December 22, 2010

So What? Get refreshing in La Hot Spring, Besut, Terengganu In Rain. Cool:D


Ok, as usual i'll represent you my activities along the week. For last weekend, as i mentioned on the last post, memang I and sisters telah berholiday di negeri na na na na GANU KITE tak lain tak bukan Terengganu lah namanya. Tapi ni sempadan Kelantan dah, iaitu salah sebuah daerah yang dipanggil Besut. U know what so called Besut? Alahai, tempat yang penuh dengan tempat refreshing dan pelancongan alam menarik seperti Pantai Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, Air Terjun Lata Belatan, Air Terjun Lata Tembakah, dan yang baru-baru ni we all kunjungi was La Hot Spring!


Hajatnya ke Terengganu ni nak ke Pulau Perhentian, diajak oleh keluarga angkat iaitu Keluarga Encik Che Aziz and Puan Sariman yang sememangnya telah lama mengenali, memang suatu kebiasaan apabila bertemu muka setelah bertahun tidak berpeluang untuk meluangkan waktu bersama, akan menjadi suatu yang luar biasa lah jadinya. Tapi disebabkan oleh cuaca dan gelombang yang tidak mengizinkan kami ke sana, makanya kami mengambil kesempatan keberadaan kami di sini untuk mengunjungi ke pusat rekreasi riadah seperti di La Hot Sring walaupun hari tersebut dalam waktu HUJAN! weird? Nope, it's fun. Totally.


Where's the pictures? Scroll below then u can see it! But sorry guys, the quality of the pictures is not so good:D As u know it based on the camera i used. And i don't used mine, as the brothers have captured us using their phone.



Ok fine hari hujan, tanah licin, i surrender, i tak nak turun:) sigh-.- (Tapi teringin nak redah macam dalam Kampung Boy the series)


Anak-anak semua, jum ibu taruhkan nasi dalam pinggan, letakkan lauk sekali, kalian semua diam-diam ye, nanti kita makan sama-sama. alalalalala, best tauu makan dalam hujan di bawah pondok usang. Dah lauk pun menyelerakan. Ramai-ramai. Ye tak anak-anak? Eh, wait, ada bakat jadi ibu nih. haha:D


Anak-anak semua, bagi yang pompuan, duduk bersimpuh elok-elok ye. Kata nenek, pompuan duk bersimpuh, dan lelaki harus bersila, baru supan. ups, klu supan bahasa Kutai (Borneo, Indonesia) itu maksudnya malu-malu kucing tapi sopan bahasa kita maksudnya berkelakuan baik dan beradab serta beradat:) Jum kita-kita makan ok anak-anak, ibu-ibu, bapak-bapak.


Apabila hujan telah reda, perut sudah terisi, Abby apa lain, beserta dengan other kids yang turut ikut dengan keizinan ma sa and ayah :) We called them as what anak-anak mereka panggil juga:) sangat mesra bukan? Inilah persaudaraan yang sebenar-benarnya persaudaraan.


And fine, apabila dua dara telah merendamkan kaki di dalam air panas dan kulit putih menjadi merah sebenarnya itu suatu rawatan yang mujarab sekiranya anda-anda di luar sana mengalami masalah kulit ataupun ingin menyihatkan kulit anda, sentiasalah mengunjungi kolam air panas yang terdekat!:D Rawatan semulajadi adalah lebih berkhasiat dari rawatan yang dicipta bersama bahan kimia!


Abby nak buat muka cute, tapi tak menjadi,. Nak kata menggigil kesejukan tapi itu kolam suam-suam hangat khas untuk kanak-kanak tapi mungkin anda menggunakan ekspresi yang salah abby. Ehem, dan dua kakaknya membuat muka bajet cute^__^ apapun, santai je lah, yang penting memori redah hujan macam dalam Filem Hindustan pasti terimbau nanti kita tua-tua besok!


Last but not least, posing sebelum pulang. Ok, kelihatan sangat capek sudah untuk bermain-main dan melayan kerenah anak-anak yang hyperactive semuanya. haha:D Jum pulang semua anak-anak! Nanti kita main lagi oke? Bye bye semua, bye bye La Hot Spring.



P/s: Teman-teman, rakan-rakan maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk menjenguk anda buat sementara ini kerana saya lagi berada di luar kota. Cewah agak-agak busy kalah PM lah ni? tak, bukan begitu, tapi serius tidak punya banyak waktu untuk online dan juga blogwalking:( Nanti, kalau dah banyak masa, bertimbun masa, bertenggek masa, masa tu lah masanya blogwalking. Ok? Sampai jumpa lagi teman-teman. Daaaa~ (Sambil lambai tangan ala-ala Miss World-sometimes annoying doesn't mean it happens for the end of life, so just chill oke?)


Lots of love,



Tuesday, December 21, 2010

ASYURA 2010- MENJELAJAHI POLA HIDUP KEMASYARAKATAN DI BESUT, TERENGANU


Hari Asyura! Pernah merasainya? Bagi  yang belum pernah menyambutnya secara rasmi ataupun bergotong-royong bersama masyarakat di penempatan anda, baiklah sekiranya anda menggiatkan diri dengan ikhlas dalam usaha membantu niat murni untuk melancarkan hari bermakna ini! Jum kita tengok apa yang mereka lakukan di sepanjang hari asyura dilangsungkan. Ini keprihatinan dan merasa kebertanggungjawaban bersama demi melancarkan niat seluruh warga yang terlibat bagi memenuhi sunnah Rasulullah yang mana kita sangat mengagumi Bulan Asyura/Muharram yang pada zaman Rasulullah dulu kala telah menyaksikan pelbagai sejarah besar dan keajaiban luar biasa terhadap para rasul.


Berkesempatan dengan keberadaan Fififey di Malaysia, Fifiey telah berkunjung ke rumah keluarga angkat yang tinggal di Besut, Terengganu yang kebetulan pada hari kunjungan dan penginapan Fifiey di sini bersempena dengan sambutan Hari Asyura. Rindu betul dengan suasana kampung ini yang mana Fifiey memang pernah bersekolah di Besut beberapa tahun lepas sebelum berpindah ke Jakarta. Jadi berasa sangat beruntung dapat menyaksikan sendiri bagaimana warga setempat menyambutnya dengan semangat kerjasama, toleransi dan kejiranan yang membuak-buak berasa teruja mengacau antara hidangan sempena hari itu iaitu dinamakan juga sebagai Asyura! Dan yang penting menjelajahi untuk menjadi sosok seorang gadis kampung!


*Antara keratan gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut dipaparkan seperti yang tertera di bawah:













Tempat: Taman D'Lahar, Kampung Gong Kepas, Besut, Terengganu, Malaysia.
Tarikh: 10 Muharram 1432 Hijrah




Lots of love,

Wednesday, December 15, 2010

GIRLS' DAY OUT 11122010 :D

Hello people! The day have gone so well so far, enjoying the holidays with so many activities around. Yes, i hope i can tell u guys everything here, but the time is alway ssuck me as well to fultime blogging adn searching for ur blogs. So sad-.-  Seriously i tak snobbish or arrogant or whatever yang sengkatan dengannya, tapi masa tu nah, jelous sangat kalau i visit u all semua. So, day by day, i akan ambil masa untuk jenguk u all oke=)



Okay, now i gotta show all my lovely photos on the girls' dating on 11122010. It's not far lah, we altogether had been in kb mall, for dating, hang out somewhere, looking for the great stuffs, maybe there was, the gilak-gilak sale and the most important intend was "jalan-jalan cari makan" sit, talk, jokes, and makan je kerja, with  Miss ADIBAH VIOLET and sister.



Babe, why kb mall? Its really tak sehebat Pavilion, Pvj,ala-ala Paris, Harrods as u already know (with sigh) there is no other places or great shopping complexes to hang out. Alik-alik pantai, gunung,sawah, but still i love this situation. Coping depression with nature;)




Rock bebeh, oh yes, i don't know how to start from, bermula di awal pagi, i wake up, not really feel to over dress up, so, just put on the body the blue jeans kemeja and satu set dengan jeans di kaki. Kaki? Ok, quite weird, but i don't know what sentence should i used for this part. Lol;D She's pick me up at my bro's boutique since i'd been there for a few days along the holidays here and we sampai kb mall. I said, wah, this is kb mall now?  Tak ada apa yang berubah dengan Kelantan, cuma tesco je dah wujud dalam tahun ini (if i'm not mistaken) and some others part ada lah sikit perubahan.:) Yes, sudah lama saya tak jejak ke kb mall, tak ada tujuan, i come back to kelantan nak rehat or loose some stresses di rumah, and gathering dengan family segala, ni baru sempat everything buat meet up dengan my bestie:) Tq Adibah Violet for making my day. Terharu, kita boleh jumpa lagi:')



Peace bebeh... berfotu itu wajib, before we started the day with the gossip girls and the table talk everything:) Eh, the young girl, Abby pun ada tauu! She ask my permission to follow me since she said she was so bored at home. Omaigoshh! And you know what? That little girl dah pandai ajak shopping segala tau. Anak zaman millenium memang lain kan geliganya? It so called urbanisation effect!



Yes, we both nak jadi model iklan sebentar. Ok tak? Because of gilak-gilak punya sale, so why not we take this advantage to be the model to the billboard for a while to promote our product to the tourists! Oh no, its not what u think. "our" here means, our national product originally from Malaysia! Oyeah go go go untuk kemajuan bersama:)



Posing abby memang aneh and so different than usual! U look like a preggy weman abby. Yang penting, tetap dia nak masuk in the picture. As she said, alik-alik kak pie je snap gambar here and there, adik pun nak jugak! Once i said she's look like a preggy woman, dia marah sangat, sempat merajuk lol;D And i alih topik and said, Abby memang cantik, barulah senyum balik. Jum, skodeng apa lagi ada apa lagi!



Tayam tayam comeyy, meh sini nak suap-suap meh. :) Perempuan-perempuan , lelaki-lelaki di luar sana, saya bukan lesbian, ini suapan sebagai tanda sejatinya seorang sahabat oke!:D  haha. oh, seriously, biasanya choc iceream je Fififey suka tau, last-last, taste a bit strawberry icecream ni, memang best sangat!!!:D Boleh pi makan lagi ni. Siapa nak belanja kali ini?


Ok, pizza time!!! Memang syok tengok abby gives a big hands pizzanya sudah sampai. Kali ni, Fifiey makan cheese baked rice. Alah, yang tak syoknya, komen i makan pizza kali ini, kenapa roti dia sedikit keras ehh? Spoil my mood betol, baru nak rasa betul-betul kelazatan pizza tersebut. Overall, everybody memang enjoy the meal with chit chat tentang diri masing-masing yang ah changed lots!


Merah itu Cinta. Coverline laah. dinding itu yang merah bukan anda-anda berbaju merah oke!:D hee=) Oh baby baby baby, i love red. and i love to see adibah's smile.. Manis bertudung sangat!






"Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau

Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Jika memang masih bisa mulut ku berbicara

Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali

Jika teringat tentang dikau

Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau

Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu"



I bet u'll say, omaigoshh fifiey damn romantic. Yes i am,-evillaugh- as abby said, eh kak pie ni mesra dengan adik. Tetibe. Mata berpinar-pinar lepas karoeke dengan dia lagu di atas. Siap duet lagi tau! Bodek lah tu. Sekali lagi, dia pulak evil laugh. Dia sedang melihat cara-cara Fifiey update blog tau! haha:D




Eh tuan tuan dan puan puan yang cantik jelita, yang segak bergaya, (memang dah trademark Fififey kan cakap macamtu) so cliche;) Meh nak promote saloon. Sesiapa yang nak dapatkan style rambut baru, meh meh sini jum pakat-pakat ke tingkat atas kb Mall. Tak jumpa? tanya pak guard, confirm dia tahu dan tunjukkan. Sesungguhnya budi bahasa budaya kita. :D



Oh babe, this is levi's part! So the one yang menggilai fashion levi's akan tetap membeli walaupun semahal manapun harganya. Itu yang middle ori, kalau yg ori mcm di harrods, waa guarantee beratusan sampaikan beribuan k babe! So, kalau di Malaysia ni, jangan mempertikaikan ori ke tak, kompem ala-ala ori je. Even europe dan Arab sendiri ada barang China, apatah lagi di Malaysia kan? Tapi tetap cool bebeh bila pakai. Pilih yang berpatutan dan berkualiti ok!




Si rock and sisters sudah mahu pulang. Mau ikut ga?? hee, ga usahlah, diam sahaja kalian di sana. Ntar ada jodoh kita ketemu! Jangan salah paham. memang cara indonesia cakap ada jodoh tu, panjang umur maksudnya, bukan jodoh nak kawen! lol;D



U know what, it was late at night already, and i'm still tekan-tekan the keyboard until all the people wake up because of the finger's typing! Eh, yang lain belom tidur too lah! Mereka sedang bergumbira. Goodbye guys. Until then. Muahhhh to all of u yang sudi singgah, follow and baca my stories from the beginning until the end. Eh, wait, not  the end yet. Masih belom habis ceritera hidup, sampai ke anak cucu pun masih akan ada blog ni kalau Fifiey dipanjangkan umur dan tidak ada apa-apa perubahan terhadap te! Insyallah:) Bangga dan sangat appreciate too all those yang selalu follow up about myself punya life. Tq so much! Again, sampai jodoh kita jumpa! Ups, Keep in touch! Wileujeng wengi atuhh! (sundanesse mod)




Lots of love,

Sunday, December 12, 2010

Fifiey Lychee Maration bukan artis, bukan model. So? Jom bongkar rahsia "NATURAL BEAUTY"


1. Skin care:
Bersihkan diri, cuci muka and always mandi pagi. Dan amalkan petua-petua orang-orang lama.like guna mentimun yang telah dicincang kemudian airnya dipakai untuk mencuci muka. Berhati-hati dalam memilh dan menggunakan skin care ataupun produk-produk yang diyakini kurang kualitinya. Lebih baik lagi sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi dalam proses mencerahkan atau melicinkan, dan juga menegangkan kulit serta raut wajjah! Bab penggunaan kosmetik juga harus berhati-hati. U don't have to put mekap tebal-tebal otherwise kulit u boleh rosak kalau tak kena cara menggunakannya! Don't use it if u don't need.  Nanti kalau lebih-lebih put make up, macam nenek lampir pun ada. And lepas guna kosmetik, cucilah dengan toner/pelembap, mask pun ok. Jangan main gonyoh je tau! Tak pasal-pasal kulit angpa-angpa semua berkedut macam nenek-nenek peot.:D 





Bebas make up, oyeah oyeah. Ich mag das ;)



2. Jerawat:
Memang susah nak jaga muka ni, nak-nak orang yang cerewet, dan banyak masalah kulit. Macam saya sendiri, dulu-dulu memang penuh la dengan jerawat, ups takelah penuh muka, tapi bagi saya sebiji jerawat pun dah kira suck sangat, mencacatkan keadaan. Namun , saya tak cerewet, tak perlulah beli harga ubat mahal-mahal, dan tak perlu buat treatment muka setiap minggu, sebab cara alami lebih bagus dan menjimatkan. Bagi para-para yang rajin jaga kulit tu angpa mesti nak tahu kan bagaimana cara efektif untuk mengelakkan masalah jerawat sampai lubang-lubang, Memang susah nak jadi cantik dan juga bersih, banyak yang perlu kita tahu serta pelajari. Ambik ilmu yang mudah, efektif an jimat kos sudahla. Kalau yang kaya memang lah boleh ke saloon,, atau spa, namun, tidak semua orang "kaya" bukan? Ambiklah petua zaman dahulu. Tuhan cipta alam bukan sahaja untuk dihayati indahnya malah turut menyuruh kita berfikir hakikat sebenar kewujudan alam dan mengetahui sedikit sebanyak ilmu alam yang perlu kita ketahui. Ok, bagi yang berjerawat, yes itu sangat normal tambah-tambah lagi bagi adik-adik yang akil baligh, jangan sedih jangan risau, jangan khuatir, itu normal, jangan fikir anda tidak boleh merubatinya. Memang pertukaran tahap kehidupan merubah tahap hormon kita lalu bertindak balas dengan pelbagai kejadian tubuh sehingga terkait dengan saluran darah dan memberi efek terhadap kulit kita sendiri. Ada caranya untuk mengubah! Apa lagi, meh sini kutip ilmu ari saya. Anda mempunyai tomato di rumah? Pastinya ada bukan? Tomato bukan sahaja dicampur dalam menu tomyam, malah ia turut berguna kepada raut wajah! Ok, koraang ambik dalam peti tomato yang segar then hiris halus-halus.Macam dadu pun tak apa. Bila ah nak tidur, sapukan ke bahagian seluruh raut anda yang terkena jerawat. Kompem, sering-sering buat, bukan setakat licin, hilang jerawat, malah halus mulus kulitnya! Weh, kunyit yang kuning buat masak pun bolehlah untuk rawatan jaga muka ni. Fuyoo, memang kita tengok, spesies kunyit ni, untuk masak dalam gulai kuning je, rupanya aa fungsi jugak untuk muka!Kunyit koreang ambik je kat dapur, then potong kunyit tu, parutkan sikit dan diperas untuk ambikkan airnya. Kalau kat indon, air ni, macam jaher ah! Pernah rasa tak? Meh sini nak buatkan. Kemudian, korang campurkan dengan air panas dan teguklah sikit-sikit. Memang rasa dia berangin and pedas-pedas sikit, tapi efek dekat perut and kulit sangat mujarab!!! Ada lagi untuk cantik, guna kunyit jugak! korang parut halus-halus, macam bedak sejuk, korang tempekkan ke muka! kompem jadi macam Cek Bedah bedak sejuk kunyit:D tempekkan kat muka yang ada jerawat tau, dan biarkan ia kering, Sebijik sama macam korang pakai masker yang mahal tu tau! haha



Lihat-lihat , pandang-pandang!!!:D jenguk-jenguk, intai-intai!

 

3. Kulit kering dan berminyak???
 Korang, memang kulit kita cepat kering tau kalau sering duduk dalam aircond. Mencii, sebab bila kulit kering, terus nampak macam sisik. Haish-.-" So, untuk mengekalkan kelembapan kulit biar tambah comel lote, dan licin dengan kelembapan tersebut, tak payah guna liquid beratus-ratus harganya. Meh nak kasitahu. Siapa pernah makan epal? Anda pernah? Tentulah, Fifiey apatah lagi, memang hantu epal, dua-dua, hijau and merah Fifiey bantal je. Bukan lychee je Fifiey suka, Apple pun sama. Boleh tak nak tukar naa blog Fifiey Apple Maration? It sounds weird kan? Macam tak best je. Fifiey Lychee Maration lebih best dan enak bunyinya, Eh, maaf, terlalut dan merepek i petang senja. Ups, di hari senja tak berlagu ni.:D Ok, cakap pasal apple, ada satu info yang saya dapat tahu daripada bonda haritu waktu buat Salad Mayonis ( nanti i buat tuto masak-memasak dessert ok), ada lah campur apple sekali, dan terbongkarlah satu rahsia tentang apple. Jeng jeng jeng. Apakah ituu? Ok, apple sebenarnya memang berguna. Apa gunanya. Sorry terbanyak tanya anda. Ambil apple dalam peti, takde apple, pergi beli. uiks pantun pendek tu. Dihiris, dapatkan airnya, perah lah sikit dan gosoklah ke kulit muka ok! Buat macam masker, biar dia kering. Memnag tak lekat macam masker, tapi keringnya itu meresap ke dalam muka. Jangan lupa, last but not least bersihkan muka dengan air sejuk yang bersih. Nanti kan, ada lagi bakteria kalau guna air kotor. So, kulit anda insyaallah akan kembali lembap an licin semula setelah dipraktikkan gaya dan amalan tersebut! Memang, tak tenafi, dinafi, menafi, upss, apa2 yang berkaitan denfan penafian, cuaca sekarang memang panas dan tak mnentu, jadikan kulit kita kering sangat! Jadi, ambillah langkah yang tepat untuk mengelakkan permasalahan tersebut!:D Memang kulit berminyak ataupun oily skin is always happen to all the active teenagers outhere, So for those yang sanagat mencintai kecantikan, prihatinlah dengan keadaan anda yang beraut berminyak!!!! eh eh eh, jap. Daun seledri, u know what was that? alahh, daun seledri the one u put dalam masakan. I love that! Ini adalah ubat paling alami, eh paling ke? tak apalah, ubat alami untuk merawat kulit berminyak!  Meh sini nak ajar cara. Adik-adik, kakak-kakak ambil dan hiris daun seledri, then letakkan dalam air panas about 20 minit, malam nanti, korang ambil airnya dan sapu pada muka! sebelum tu, cuci dengan air bersih dulu tau! Tunggu sampai kering dan basuh balik dengan air bersih!



Hidup ibarat cahaya terang, makin terang, makin gumbira???


4. Hidup riang sejahtera walaupun tension melanda. Masalah memang tak habis!:D So, chill!
Weihh korang-korang semua. Chill la babe and charming!! Korang kalian yang cantik dan handsome, jangan terlalu sembat, sumbat, ketat je muka bila ada masalah. Memang ada masalah jangan tipulah, semua akan moody, dan boleh kelihatan melalui riak wajah anda yang tak nampak comel pun buat macam tu!:D haha. Either korang ada dilema di sekolah, di ipta/ipts, ataupun di rumah sendiri, dengan keluarga, dengan boyfriends, girlfriends, and also dengan kawan-kawan, tetap cool dan jalani hidup apa adanya dengan menjaga raut supaya tak nampak macam nenek-nenek, nanti, kalau marah-marah serta masam-masam, macam cekodok basi je, cepatlah korang kelihatan tua. Seringlah bergurau senda, ni gurau dengan pakwe boleh, tapi kalau dengan kawan-kawan mashaallah, ada yang hangin satu badan tiba-tiba mengalahkan mak lampir berlakon filem. Sentiasa chill dengan semua orang, tak kira pangkat , usia, darjat, status dan juga kedudukan. Yang penting pandai jaga imej, takut pula terskandal dengan "hot papa"  or "hot mama" :D Masalah memang tak sudah weihh, tak apalah, bersuka ria pun berpada-pada! Jadi, hot babes andhot charming di luar sana, jangan resah gelisah, jangan fikir beban, settle kan setiap problems yang ada, supaya badan  tak berhangin, minda terlepas dari kerutu dan jiwa bebas gembira:D Relax kan diri anda di tempat yang anda suka, langsaikan cuti anda dengan berlibur an melakukan kegiatan berfaedah yang ada minati serta tambahlah ilmu pengetahun yang sangat cool untuk dipelajari!




SELAMAT MENCUBA!!!





Lots of love,

Thursday, December 9, 2010

Naturality @ Kesemulajadian!!!











"Nota ringkas dalam bumbu,

Mungkin buat kau terpaku,

Seperti tertusuk duri sembilu,

Tusuk pisau, parang, golok nyilu,

Rendam air mata tak berlagu,

Ada juga yang kelu bisu,

Berlagak tidak tahu-menahu,

Jelas tampak semua sayu,

Belas tak semestinya rayu,

Hulur tangan, hati, jiwa untuk bantu?"








Tampak-

Ranap lubuk hati terdalam,

Bingung akal tak keruan,

Pendam rasa timbul beban,

Muntahlah peluru taruhan,

Luakkan biar tak tinggal bahan,

Jangan sentap jadi bahan tarungan





Sembunyi-

Tak usah sorok,

Aku nampak kau rumuk,

Jeluakkan biar rudum asid kemaruk,

Tak perlu lagi fikir aku,

Benak kau seperti larutan hipertonik,

Sudah sampai waktu ketika,

Jeluakkan materi zat rasa,

Supaya osmosis CINTA dapat dielak.



"Aku bukan untuk kau, kau pun sudah sedemikian tahu rentak epilog hikayatku bukan begitu alasannya kerana amanah menyatu"

*Gerobok kata ringkas terdakwat makna mendalam diukir khas bukan berdasarkan pengalaman, terbit dari ceritera sinetron kehidupan yang diamati seutuhnya;D








 Tabik spring ini ditujukan khas untuk sesiapa yang merasa dirinya sedang hebat berjuang. Chill with it oke?! Yang penting Pak Cik beca sentiasa setia menunggu!:D 


Assalamualaikum semua. Hye, hello semua. Maaf terlambat memberi kata-kata pendahuluan. Ehem ehem,(membetulkan suara since haritu i got flu and batuk) -sigh-....Sambil tersenyum-senyum depan monitor curang dan tidak setia ini (bukan manusia je tau curang, tapi monitor pun), inginlah sangat-sangat Fifiey bercerita tentang kesederhanaan dan juga sesuatu yang semulajadi. Ye, saya amat menyukannya. Bersifat suatu yang secara semualajadi ini adalah sangat penting demi mengelakkan diri daripada kepalsuan dan ketidakpuasan diri untuk memenuhi ghairah dan keperluan peribadi sahaja:D



Dari kecik lagi, hobi Fifiey kalau nampak je gula-gula kapas, pasti terus berlari mengejar untuk mendapatkannya. U see, the habit goes until now! hee^__^, yes, i do choosing pink, because i love it. Talking about pink, ada kajian yang saya dapat melalui my aunty, she said that the person yang taksub dengan warna pink, lama-lama boleh mengalami tekanan jiwa atau depression ! Mengerikan kan? jangan hanya melihat pada warna, tapi melihat kepada efek yang tak terjangkaukan dek akan fikiran! Itulah faktor dunia yang harus berpada-pada! Ops, adakah mungkin sebab itu pak cik ini kelihatan muram? Because of pink. nanananana, don't think so lah. Mungkin dia capek kalee^__^ Sekarang saya berada di jalan dekat POS D.I. YOGYAKARTA.



Ok, haritu ada diadakan pertunjukan sarkas tau. Yang istimewanya it was oriental circus indonesia which russian involving!!! Tapi sayangnya, ia start malam dan kami pergi awal sangat lah, mana lah tahu kan start malam, lagipun we all, tak keluar malam. Ehem ehem, pesanan nenda, bonda, enyang semua anak dara tak boleh keluar malam without orang tua. hee^__^. Terlepas lah weii, nak tengok circus!:(


Buah salak buah salak, salak juga tau dipanggil di sini pun. lebih kurang sama je bahasanya! Buah salak memang antara buah kegemaran Fifiey:) So, jom kita berhenti beli buah salak dulu ok! nak cuba? jom sama-sama kita beli.

I said:  Berapa harga sekilonya bude?
She said: Ya kalo yang kecilnya 5 ribu sekilo neng. kalo yang besar 8 ribu sekiloan!


 Eh, saya masa kecik-kecik dulu, kalau korang nak tahu suka sangat main ala-ala doktor, kat hospital tu, dengan gaya doktor pakar bedah, wah, keren tak? Tapi dah besar besar suka posing sana sini, cakap sana-sini siap ala-ala polis tau. :D Tak percaya? cuba tengok gambar kat atas!


"Saya dah putus chentaa, nk terjun ke dalam sungai dengan arus yang deras lah kalau macamni, daripada sakit hati. Ish, menci menci mencii!!!! Tak suka macam ni, baik saya mati je daripada hidup menderita rindukan awak." 
Amacam ?? macam dalam program pilih kasih tu tak? haa, tu bru skrip pendek tau, tak msuk lg full scene sekali dengan acting. hahaha:D


Sekarang, hari sudah mulai gelap, badan sudah terasa capek, jum lah kalau nak pulang bersama saya. Oh, tapi tapi tapi, kita stop makan dulu nak tak? Ok, Fifiey ajak pak cik beca makan jugak tau, jangan sombong-sombong, jangan pikir taraf, jang penting jasa dan penghargaan perlu dihargai! Ok? Walaupun dia malu-malu menerima tawaran, tapi at least kita ajak beria dan bersungguh-sungguh, akhirnya nak jugak setelah menemani  kami berjalan seharian. Sekarang fifiey dan Sis Putri Anis ingin orer makan nak? Korang nak jugak? Sila sila order, U order, u bayar. lol;D


Tadi baru putus chentaa, ni dapat bunga balik. Ahha, gumbira rasa hati, berbunga-bunga bila dapat bunga!:D hah, jangan percaya, gurau je lah! Ok, satni ada pelajar dari Universitas Gajah mada n the gang datang ke resto ni, nak jual bunga katanya untuk kutip lah sikit sorang dar hasil jualan sempena hari graduasi mereka! So, apa lagi, since i suka rose merah, i beli :D Untuk u satu i satu. Ok tak? U mana? My sis lah! haha


Feeewiitt, fififey sms pakwe laah! cewah, ecece, single mingle double triple single ada pakwe celah mana pulak! Gurau sekali lagi. Kita sms mummy ok!:D Nak cakap yang kita rinduu dia and kita sedang makan pun ingat dia. Hahahaha:D . Haiyyak, hidup perlu ada gurauan biar chill dan terasa kehidupan yang sebenar dan yang paling penting gurauan adalah teratment semulajadi@ natural untuk awet muda. Believe it or not? Cubalah sendiri! Ok, since makannan dah sampai, saya order bakso tau. Memang jakarta pun banyak bakso best, tapi ini dlain daripada yang lain yang mana menu khasnya akan dicampur dengan lombok uleg khas temanggung. Lombok tu maksudnya cili. Uleg tu maksudnya giling!! Welcome baby, to the Indonesia world. Alah, gue pasti, kalian juga bisa tahu apa artinya, kn banyak atuhh, sinetron indonesia di televisi! malangnya, gua rame bgd temen jawa, tapi gue ga bisa berbahasa jowo. 
:( susah kalee kayaknya..hufttttt


Awak semua, saya dah nak balik!!! Perut saya dah kenyang, tak boleh isis banyak-banyak, nanti buncit n nampak cam badut. lol;D Balik mana? Balik ke istana lah. haha:D Babai!!!
Last but not least, u know what? perasan tak ada satu benda yang i tak buat harini? Perasan atau tak??? Ok, meh sini nak bagitahu, kenapa i bagi title posting hari ni "NATURALITY". Because i'd being si natural for the whole day, That means, my face was without make up or any cosmetics or liquid!:D Nak selesa, memang macamtu, takdelah rimas kena pakai tu pakai ni kan? Jimat pun jimat, bukan nak gi party pun, just ronda-cari makan sambil tengok rentak masyarakat di sekitar YOGYAKARTA!!!


Lots of love,


HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails