Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, March 31, 2011

PARA REMAJA/DEWASA YANG TAK SELESA DENGAN KAKI SENDIRI, BOLEH CUBA SESUATU YANG BELOM PERNAH DICUBA MUNGKIN!!!

FOOT SPRAY!!!!!






Wait a minute. YOU GOT ME WRONG! I'm not a sales girl and nor a specialist. But, today, we are gonna discuss pertinent to a stuff that you outhere MUST have. Izzit a MUST? But why? And what's the thing? It was the FOOT SPRAY!!!




I know the whole people in the world nowadays are having a hectic lifestyle. Pergi kerja balik kerja, attend classes balik from classes, then many other jobs yang mereka buat yang memerlukan kaki berjalan ke sana ke mari dengan letih dan penatnya sehingga menimbulkan suatu kesan.




Mestilah kesannya kepada bau kaki amat menjengkelkan apatah lagi bagi mereka yang kurang menjaga kebersihan yang sepantasnya mereka jaga terutamanya anak remaja yang bersekolah. Buktinya, cuba you all tengok and kaji ataupun imbau kenangan zaman sekolah dulu-dulu i mean di Malaysia, apabila masuk ke Computer Lab or Meeting Room for an organisation in school alahai, bau stokin dah satu hal, mungkin tak basuh beberapa hari dan menggunakan stokin yang sama for a whole week. Omaigoshh, this is really suck and bad lah! Macamana nak dapatkan udara segar kalau terpuruk dalam udara yang begitu merimaskan??? Janganlah kita buat muka slumber and innocent apabila perkara sebegini terjadi gara-gara kita, why not ambillah langkah terawal, termudah, dan berkesan!




So, langkah kita yang pertama adalah dengan menggunakan stokin yang betukar for everyday. Jangan pakai sama and sama lagi ok, kalau tak kesannya baunya makin buruk selain memberi impak negatif kepada teman-teman dan orang-orang di sekeliling kita. Takkan gara-gara kita yang lainnya tak dapat memberi sepenuh konsentrasi di atas apa yang telah diperbincangkan dan juga dipelajari di dalam kelas mahupun di mana-mana yang memerlukan kita membuka kasut!




Tunggu apa lagi, langkah berikutnya, cepat, cepat dapatkan segera foot spray yang kini telah disatukan bersama fragrance supaya apabila pakai bukan sahaja selesa, malah menambahkan aroma bau wangi-wangian walaupun di sekitar tapak kaki. Produk yang amat berkesan untuk perawatan kaki bagi golongan yang amat mementingkan kebersihan dan perawatan diri. Dijamin sesuai untuk semua jenis kulit, remaja atau dewasa. Ada juga yang cooling sensation which you can get the originality refreshment when you walk! 




You are curious? Need more info on how it works? Foot spray ini mempunyai zat anti microbial  yang boleh membunuh bakteria penyebab bau kaki. Boleh bayangkan? Hanya dengan memicit butang untuk spray di sekitar kaki anda, ah segarnya akan terasa apatah lagi kalau jalan lama-lama yang boleh menyebabkan kaki berpeluh dan mengeluarkan air sehingga boleh menyebabkan gatal-gatal tidak lagi berlaku dengan adanya foot spray. Bestnya jalan dengan keadaan segar dan selesa walaupun berjam-jam dengan terkandungnya menthol dan bestnya lagi ia wujud dalam pelbagai aroma bau. Anda hanya tinggal pilih, beli dan gunakan pada bila-bila masa anda suka! Kejutan buat orang-orang di sekeliling dengan aroma bau kaki anda yang baru, bukan setakat perfume di badan malah perfuma aroma jasmine atau fruits around ur feet. Tingkatkan penampilan anda dengan perubahan yang baru bermula dari kepala sehingga ke hujung kaki! Kaki oh kaki.....






P/s: If you use this, remember, spray jugak di celah-celah jari kaki dan biarkan ia mengering begitu sahaja! BOOST YOUR MOOD with the good trial;)












SELAMAT MENCUBA!!!








 LOTS OF LOVE,


Tuesday, March 29, 2011

Reviewing My Birthday Party on 24th February 2011. I am 18 years old girl now!!!!

Hari tu Fifiey kecik lagi. Baby yang sangat cun lahir ke dunia. Cun ke? Boleh tahan la. Bonda dengan ayahanda cakap, kecik-kecik Fifiey dah boleh telan laksa penang, terkejut semua orang pandang, mesti diorang ingat aku anak pungut mat salleh mana, sebab kulit bapak merah putih. Padahal bonda dengan ayanda pun kulit cerah merekah lah..so takde kaitan dengan pungut memungut ataupun haram diharam. Lahir dengan halal punya cara.LOL:D Ye, itu 18 tahun lampau atau lebih tepat mungkin sellingkungan dengan 17 tahun 6 bulan lampau. Fifi. Itu gelaran manja,comel. Lychee nama tambahan. Sebab bila fifiey senyum manis macam buah laici kot., Lagipun aku suka sedut air laici. Mungkin bonda kalau time pregnant dulu2 suka sangat order air laici atau minum jus laici kot;) Apalah-apalah yang penting, sihat walafiat sampai sekarang dan tetap segar macam rose dekat cake tu. Alahai yummy, nak makan cake lagi. Tapi kali ni, nak suruh siapa pulak sponsor chocolate cake secret recipe untuk fifiey??? Happy Birthday Fifiey Lychee. Semoga panjang umur, sukses selalu, sihat sepanjang masa, diperlancarkan segala urusan hidup serta dapat jodoh yang baik. (Doa untuk diri sendiri) Doa dari kalian amat Fifiey butuhkan. Terima kasih. Nanti Fifoiey kasi upah buah laici banyak-banyak ok!!!



Ni lah si Fifiey Lychee yang dah lama tak update dan dah lama meninggalkan ruang rindu kepada semua. (Sambil dengar lagu Letto yang jiwang-jiwang dan usap air mata rindu untuk kalian, ini bukan ayat jiwang 'hampeh' semata-mata tapi ikhlas jauh dari sudut hati terdalam;')  Rindu kan rindu? Siapa yang tak mengaku tu boong. Bukan bokbong, boong itu bohong lah. Alololo, meh sini semua Kak Fifiey salam-salam dengan semua tanda kembalinya susana ceria di blog Fifiey yang hampir ketinggalan zaman dengan pelbagai gosip semasa, eh lupa, kurangkan kontrioversi tingkatkan prestasi. Tak nak tanya ke ke mana Cik Fifiey Lychee menghilang? Eh no no, takkanlah Fifiey lari ke Siam, menikah dengan mamat bangla pulak, jangan, jangan doakan. Haha. Of course lah sibuk dengan peningkatan diri dan prestasi untuk melangkah ke arus semasa yang kian dewasa. Tak perlu ulas panjang-panjang sebab semuanya dah cerdik-cerdik boleh pikir panjang-panjang. Betul tak? Yang nyata ada surprise untuk kalian semua for the next next next entries akan datang! 1,2, 3 jom tiup cake sama-sama dengan Fifiey. Fuh fuh fuh, niat dulu niat, nawaitu penting untuk memastikan tujuan dan bantuan dari Allah akan datang kekal kepada kita:)



They are just my friends, my heart, my siblings, my sisters. Merekalah pendorong di kala senang dan susah, merekalah buah hati pengarang jantung yang tidak tergantikan, mereka pelawak semasa suasana suram, merekalah yang merajuk bila bukak tudung saji tak ada makanan. Ye ke? Sometimes;)  Jum potong cake sama-sama ok. Anda mahu juga? meh sini meh Fifiey suapkan. Free je free..;) Orang kataa sebelum potong cake niatlah sesuatu berdasarkan hajat masing-masing. Anybody wants to know apa wishes Fifiey ??? Ce teka ce teka....!:D



Masa ni, abang ni wujud, abang sorang lagi tak wujud, sebab dia sampai lewat. Hadiah cilok dari butik ke beli baru ni??? Wonder, lol;D Apapun, doakan yang baik-baik buat masa depan semua ok! Seronok bila semua berkumpul, kalau dah semua sibuk, omaigosh, the suasana turn to sepi back as usual. So, i love noisy. Sila sila buat bising sampai saya tutup telinga dan keluar air mata gumbira. Wuwuwuwuwu....P/s: Tahun ganti tahun, dah tua, and i'm expected more in life. More happiness and more cheerish things ahead! Insha-Allah:) Berkat doa kalian semua, I WILL.



This kid yang comel;) Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi jumpa Kak Fifiey:) (alolololo, berkenan dekat hidung mancung diaaaaa:)



They are cheering my days:) Waktu saya membebel, waktu saya stress, waktu saya happy, waktu saya duka(duka ke?) mereka ada! Selalu ada ke? Ada. Dalam hati. ;)



Bonda. Insan paling penting dalam hidup selain ayahanda. Tanpa genetik mereka, tidaklah wujud rupa saya sekarang, sifat dan sikap saya serta fizikal yang terbentuk dari bayi hingga sekarang. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan  ke nasi, kecuali kuahnya basi maka tidaklah gunanya lagi kuah tersebut untuk ditumpahkan ke dalam nasi. Dan betullah kata orang, kejayaan seseorang tergantung daripada keizinan Allah berlandaskan doa ibu bapa. And i'm so happy to have loving, caring parents like bonda and ayahanda, walaupun they are sometimes busy, but they still have time for us.  Alhamdulillah. Terkenangkan iklan budak comel menyanyi lagu ibu, alah,. ada kan yg dalam tv tu, yg gegurl pakai gaun pink nyanyi lagu kat bawah ni, jum nyanyi sama-sama....I love the way she sang.



Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu




Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu




Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu




Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu




**********************************************************************



Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu


Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan




Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...


Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu






P/s: Hargailah insan-insan tersayang di sekeliling anda dengan cara yang terhormat dan terbaik selagi berkesempatan atau anda akan menelan pahit kekesalan sampai ke akhir hayat.


 LOTS OF LOVE,



HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails