Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Thursday, May 26, 2011

Video makan "cencalok" haritu from Zacky. Lucu sungguh.


Fifiey Lychee Maration shows how the way to serve cencalok well, to make it to taste better:)


"Again about cencalok yang Zacky post kan haritu.
I dah try makan. Best what?! Traditional-malay-cuisine. Cuisine? Sowhatevahhh:D
It taste good lah, tapi yang tak biasa makan tu, mungkin rasa agak lain.
Well, my advice, u should try it supaya tak jakun pabila orang lain menyebut cencalok. And don't say, what izzit, what the hell izzit:)) Like most of the Kelantanesse produce budu and the other regions might not know that. Ahh, tapi gapo dio ore kelate buat pasti tersebar hebak. Phewwwiiitttt^^. PROUD WORDS.
Zacky, sorry lambat post kan video ni. To those yang lain-lain bloggers, enjoy this post ok.
I dah janji untuk post kan video, so, i tunaikanlah walaupun lambat sikit. Sorry Zacky. Tidak mengapa kan? Alahai, lambat sikit sajo, kan kan kan. Tengkiyu tengkiyu. Ada ubi ada batas, ada hari saya balas kebaikan anda. "



P/s: Mood untuk blogging down tiba-tiba apabila jaringan internet mulai curang bersama kekasih-kekasihnya yang lain sehinggakan segala misscalls, sms, serta panggilan hanget saya jarang-jarang saja dilayan. Jadi saya pun bertindak makin sombong dengan internet dan blog saya terbiar tanpa restu. Anda, jangan biarkan blog ini ditutup oleh sawang-sawang Sang Spider bukan spiderman yang selalu tolong saya^^







LOTS OF LOVE,


Saturday, May 21, 2011

RATU BOKO PALACE

Photos Gallery Around Ratu Boko Palace





































Istana Ratu Boko adalah sebuah bangunan megah yang dibangun pada masa pemerintahan Rakai Panangkaran, salah satu keturunan Wangsa Syailendra. Istana yang awalnya bernama Abhayagiri Vihara (berarti biara di bukit yang penuh kedamaian) ini didirikan untuk tempat menyepi dan memfokuskan diri pada kehidupan spiritual. Berada di istana ini, anda bisa merasakan kedamaian sekaligus melihat pemandangan kota Yogyakarta dan Candi Prambanan dengan latar Gunung Merapi.


Sambungannya- di sini
Lain-lain informasinya- di sini
 

P/s: Haritu masa gi tempat nih, nampak pasangan from Japan, melancong ke sini comelssss sangat-sangat. macam dalam filem pulak mesra-mesranya duduk atas runtuhan batu-batu besar,talking sambil tengok matahari terbenam. Fascinating. Ah, kami hanya lalu dan melihat sambil tersenyum sahaja. Pastilah senyum sebab mereka comel. :D




LOTS OF LOVE,

Wednesday, May 18, 2011

Cencalok dan kerepek dari seorang blogger! Baiknya awak! Thanks ya:)

Assalamualaikum and hye people...

Cuaca sekarang tidak begitu bersahabat dengan sekalian manusia. Pemanasan global mungkin memberi kesan terburuk kepada kita semua, sekalian makhluk turut menjadi 'PANAS' dalam sudut dan kondisi yang berbeza. Panas akibat suhu badan meningkat, demam, etc, atau mungkin kepanasan dengan sifat dan sikap mereka sendiri. Oleh yang demikian, bersahabatlah dan sentiasa mendukung alam supaya masalah 'PANAS' ini kian larut dan mendapat kesejahteraan dan restu alam untuk bertindak lurus dan betul:) Alahai, faham ke tak nih bahasa kiasan/ sastera kuno? Lol;D Yang tak faham, faham-fahamkan ok. 




Tujuan saya mengupdate entry kali ini adalah mahu mengucapkan segulung tanda jasa dan penghargaan buat yang telah berbaik budi mengirimkan sesuatu yang saya idamkan, bukanlah kereta ferrari, bukanlah honda yang terbaru mahupun skyline ataupun lotus, tapi ini adalah makanan tradisional yang ingin saya benar-benar coba makan, iaitu CENCALOK. Ok, i know many of you, ada yang suka akan cencalok, dan ada juga yang tidak menggemarinya. For me, i can't explain it yet cuz i never taste it, kalau you all tanya pasal budu, ok fine, i akui yang i really love budu. Haha, sampaikan i ada ajar lots of people in jakarta to eat budu, and they can accept it:) Lepas-lepas ni, bolehlah eksport import budu ye? Buat kilang budu ke? haha, Fifiey jutawan budu. It sounds so funny;) OMJAYYYYY. Nevermind lah. Wetever it is, nanti i postkan video i tengah makan cencalok from Zacky ya:) 




Macam mana tak terharu terima bungkusan daripada teman blog Zacky. Zacky yang mana? Alahai ada kan yang nama blog nya MORE THAN WORDS!!!:) Ce ingat ce ingat.  Ingatkan ia sekadar gurauan untuk mengirimkan Fifiey cencalok, but once i terima tu, terkejut yang amat lah. Haha, terima kasih ye Zack:) Nanti i balas bungkusan tersebut dengan something else yang u should try to taste:) Macam tahu2 sahaja Fifiey ada balik Kelantan (short holidays) on the date u post it, padahal i told u on june soon right i'll be coming to Malaysia, namun takdir Tuhan untuk saya menerima langsung bungkusan tersebut:) Rezeki rezeki:) haiyya, itulah kadangkala perancangan kita tidak semestinya sama dengan takdir.


Kotak bungkusan tersebut, 1, 2, 3 jom bukak:DD


Meh kita sama-sama tengok harta karun apa yang dikirim Cet Zacky kita ni. Jauh tau datangnya dari Johor Baharu diterbang khas ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia khas untuk Fifiey Lychee Maration:) Sobs sobs:') Tangisan gembira dan terharu yang amat sangat.



Model iklan cencalok sajo la eden ni yo (~_~) Tak eksklusif tapi tetap tampak klasik kan? Mempromote produk makanan tradisional bagus apa, kan kan kan? Produk lain belom ado tawaran nih. Kalo ada cakap yo. Jum gelak beramai-ramai.



P/s: Sorry zack, i baru buat entry ni, baru sempat and baru ada free time:) nanti i post the way how to eat cencalok with the correct way:) Hehe, Btw, inilah first time i makan cencalok and big thankssss to you zack sebab baik hati post kan cencalok and these kerepek untuk i:) Terharu you:') -Dah rasa macam duta cencalok lah pulak. :DD


LOTS OF LOVE,


Saturday, May 14, 2011

ARISHA'S BIRTHDAY PARTY! HAPPY BIRTHDAY, CACA:)

Hello and hye people.

Selamat bertemu lagi kita di ruangan FIFIEY LYCHEE MARATION. Paparan kali ini adalah mengenai, ah biarkan rahsia dulu. Stay reading until the last word:) 

Terkini, Fifiey Lychee Maration


Kita dengar lagu lama,
Kerna sekian tidak bersua,
Jangan marah jangan terasa,
Kini muncul seperti sediakala.

Sebelum bercerita lebih panjang berjela lebih panjang daripada kain baju raya akan datang anda dari KAMDAR, NAGOYA, SALEM AZIZ semua tu, eloklah kiranya kita dengar lagu lama seperti yang ternyata di atas. Dengar atau baca sahaja sekian liriknya? Yang mana lebih elok? Cuba anda pilih?


Ok, baiklah, dengan ini saya merasmikan bahawasanya saya hanya menyediakan bait-bait lirik lagu lama yang dijanjikan. Ini dia. Hayati ye.




Tiada Kata Secantik Bahasa.

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan

Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...

Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...

Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda



Rasa suatu yang berbeza? Seperti ada yang tidak kena dengan tujuan apakah Fifiey post kan lagu dari Allahyarham P. Ramlee ini? Atau anda sudah cukup tahu dan mengenali Fifiey yang sememangnya berjiwa KLASIK.


Ah, Pasti ada yang kata-kata, kenapa saja Fifiey memuatkan bait kata seperti kepada sang Pacar? Lol;D Ini lagu buat adindaku. Benar deh!


Lagu tersebut ditujukan khas buat adinda tercinta yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 15. Semoga hidup ke hadapan hari mendapat keberkahan dan keredhaan di samping mengecap nikmat kebahagiaan dalam hidup serta ruang kejayaan yang terhampar luas di hadapan mata. InsyaAllah! Doaku buatmu agar senantiasa mengikhlaskan dan merelakan sebarang sesuatu yang berlaku untuk mendapat ketenangan abadi di ke hadapan hari! Kejayaan yang hakiki bukan terletak pada kadar kau menghitung, membaca, merenung masa depan, membuka ruang jalan, atau apapun anjakan yang kau guna, namun, ia terlatak pada kadar keikhlasan hati untuk kau rujuk dan isikan segala ilmu di dada dan ruang akal tercipta. Bersahabat baiklah dengan hati dan akal, maka kebijaksanaan dengan sendirinya kau gapai. 


15 Tahun, bagi yang telah dewasa dan banyak makan garam akan hal-hal duniawi, manusia, serta keduniaan, maka mereka akan bilang begini, umurmu masih di usia jagung, nak, jangan bertindak keterlaluan. Sebelum bertindak, fikirlah dengan otak, timbanglah dengan akalmu. Begitu juga nasihatku buat diriku sendiri dan juga kau, ca. Kau adikku, maka peliharalah dirimu, jagalah garis keturunanmu, hargailah kelebihanmu, syukurilah atas nikmat yang dikurniakan le atas dirimu, hanya kau yang tahu mana baik buruk buat dirimu.



Kau cukup dewasa untuk diceramah panjang-panjang saya rasa tidak perlu ya, ca! Kepandaianmu melebihi angka usiamu. Itulah kelebihan kita.



*Koleksi foto-foto sepanjang sambutan ulang tahun, CACA.





















Birthday girl with her own style:)



P/s: Ah jadi teringat nih zaman kanak-kanak kami berdua begitu rapat, makan bersama, tidur bersama, baju juga banyak yang sama. Kalau harini aku berbaju kurung, pasti dia juga mahu baju kurung, kalau hari ini aku mengenakan gown, pasti hari ini dia mengenakan gown. Ahh, sebal deh kadangkala, tapi seru pakai yang sama terus. Aku berjaya, kau berjaya. Rasanya sifat ini berhenti apabila masing-masing sudah menikah barangkali:p dan pasti semua kenangan lalu boleh membangkitkan suatu rasa hiba di saat semuanya berkumpul kembali di hari tua dan membuka satu-persatu cerita kanak-kanak kita:D Sekarang juga tambah akrab ;)





LOTS OF LOVE,




Wednesday, May 11, 2011

Bunda, kau wanita hebat....



Bunda, kau wanita hebat. Bangganya aku menjadi anakmu, gahnya aku menjadi anakanda di bawah payung pertiwimu, perkasanya aku dalam lindungan didikanmu, matangku dengan sekadar melihat kebijaksanaanmu:') Semoga Tuhan merahmati segala jasa dan pengorbananmu.




Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar. "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya. "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


-Sumber dari laman sosial Facebook-




SELAMAT HARI IBU, BUNDA:')










LOTS OF LOVE,





Sunday, May 8, 2011

Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng

Ali Baba Bujang Lapok punya cerita.....




Pernah dengar kata-kata azimat di atas? Adakah itu azimat? Itu mantera la. Macam mantera Haa, mai sini Cik Fifiey Lchee nak habaq mai. Kata-kata tu dialog dalam filem P.ramlee. Ce teka ce teka dalam filem P.ramlee yang mana satu? Alahai, takkan tak tahu kot? Ingat tak babak yang kena baca ayat kat atas tu untuk buat pintu gua tertutup terbukak. Tujuannya? Nak curik barang-barang berharga/harta lanun yang ada dalam gua tu lah. Kalau lah eksplorasi mencuri harta lanun masih wujud zaman sekarang, ada sesiapa nak join tak? Angguk sepuluh kali kalau nak!!! Kaya sepuluh kali ganda mak nokssssssssssssss. hahaha. Evil laugh sungguh!




Sekali dengar cemni tau, nyainsongmatakajisemanginseng. Dulu-dulu masa kecik siap menghafal lagi dialog filem-filem P.Ramlee kebetulan memang jiwa tragis gila, bukan tragis apa, kecik-kecik lagi dah jadi orang tua lama suka tengok filem-filem lama, dengar lagu-lagu lama. Jiwa lama, raut muda, ok lah tu kan? Kuno itu penting untuk wujudkan kembali dinasti lama-lama yang hampir pupus dalam ingatan(",)


Tertanya-tanya tak pehal Fifiey post tentang Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng ni? This one untuk bukak gua ye. Sebelum tu cuba angkat tangan berapa orang yang tahu maksud ayat keramat untuk bukak tutup pintu gua tersebut? Maksud ye, maksud yang bermaksud erti. Jadi erti di sebalik semua ini adalah jika kita mencintai sesuatu filem, maka kajilah kita dari struktur ayatnya ke, dari sudut gerak gerinya ke, dari sudut mutu lakonannya ke, and banyak lagi lah pastinya. cerita punya cerita tertimbullah kisah ini yang mana wujud dialog percakapan sekeluarga tentang ayat ini, maka ceritalah bonda kepada kami semua. Cerita asalnya dapat tahu daripada saudara kami di tanah Jawa. Maka dengan itu saya terus menggoogle dan menggodek info-info untuk diperjelaskan lebih lanjut memandangkan sepertinya sekarang kurang pekerjaan yang dilakukan. Ok, meh sini nak cerita apa yang diceritakan. Eh, straight to the point la, how could we say that, kaitan ayat tersebut berkaitan najis? Maksudnya lepas makan semar berak. Berak? hahahaha. Tergelak pastinya. And who's Semar? Siapa semar yang dimaksudkan?


Semar, watak masyhur dalam wayang kulit di Jawa. Angkat tangan siapa pernah tengok  wayang kulit versi jawa, ce angkat ce angkat. Ok lambat, pastinya tak ramai muda-mudi yang suka mengikuti arus wayang kulit yang semakin pudar. But i like something that people rare to like it apatah lagi berkenaan dengan tradisi(",) Well, back to the stories, lebih details :-




Niat insong- (i'm not really sure of this tapi mungkin maksudnya niat nak berak kot-haishhh-)
Mata Kaji-Boleh jugak dibilang rabun dekat
Semar-Nama watak dalam wayang kulit Jawa.
Ngiseng-Berak


Rampong ngiseng, Semar Tilem. Ni pulak mentera bila Ali Baba cuba nak keluar gua setelah dapat barang-barang lanun di dalam gua tersebut. Maksudnya? Lepas berak Semar tidur.

More info?
CLICK HERE


Berita dunia: 

Osama oh osama, berapa kali dikau meninggal. Perkhabaran dahulu dikatakan dibunuh oleh Amerika di dalam gua, dan sekarang meninggal lagi di tangan Amerika langsung mayatnya dicampak ke dalam laut dan makanya dengan itu, apa masih logik saja sekiranya kau hidup kembali dan jatuh lagi ke tangan Amerika lalu dicampak ke dalam lubang kawah yang panas membara? Amerika oh Amerika, tiada pembuktian, tiada kepercayaan malah kau membuat ribuan juta rakyat tertawa sinis saja.

Kate and Wills. Pasangan di-Raja yang sangat popular selama abad ini. Bangga dengan kemesraan Sang Pangeran yang sentiasa tersenyum dan sudi mendekati rakyat sehinggakan berapa keturunan pun mereka masih dihormati dan disegani atas kebaikan budi yang telah diperlakukan. Kapan lagi di Kepulauan Melayu boleh berbuat sama seperti ini? Maksudnya adat istiadat mendekati rakyat jelata??? Sama-sama doakan!


Berita Diri:

Fifiey dah sembuh total dari sakit, demam dan batuk, cuma tak sempat untuk update blog secara panjang lebar. Terasa masa sekarang ini berlalu dan beredar begitu pantas:( Oleh itu, hargailah masa, jangan biarkan masa menunggu kita, malah kitalah yang harus sentiasa ke hadapan untuk mengejar masa! 


Semalam sambut birthday adik! Best. Nanti fifi upload foto-foto dan cerita-cerita sedikit apa yang patut ok:) Nantikan!:) happy 15th belated birthday Caca.


 LOTS OF LOVE,



HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails