Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Monday, April 30, 2012

Wishing and Doing.


Seperti biasa, aku mulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Tahu tak apa maksud di sebalik Alif, Ba, Ta? Tak tahu tanya. Ok tak nak masuk bab itu, yang aku tahu hari ni tanggal 29 April yang beberapa minit je lagi dah nak masuk 30 April. Mintak-mintak aku boleh siapkan entry ini dalam masa sepuluh minit. Macam biasalah, andai aku kereta, akulah ferrari, andai aku binatang, akulah arnab. Laju. Apa ada dengan tanggal 29 April? Hari ini ulangtahun kakak ipar tercinta. Isteri kepada abang aku! 


Ucapku buat kalian berdua yang jauh nun di borneo;
Semoga aman damai bersama dunia akhirat;
Perjuangan misi dan visi diteruskan tanpa putus asa;
Semoga terkabul impian dan cita-cita;
Semoga terus sihat;
Dimurahkan rezeki;
Dipanjangkan umur.


Itu bukan klise, tapi memangnya itu saja rangkap yang mampu aku ucap buat malam ini. Kejar masa katakan. Tinggal 5 minit lagi. Rangkap terakhir, buat Kak Lia tersayang, kami rindu sama kalian. Nanti kita ketemu ya! Semoga perjuanganmu di sana berakhir dengan sebuah kejayaan yang tak terduga. Saya dan yang lain mendoakan kalian di sana baik-baik saja dan memperoleh khabar gembira untuk dikongsikan! Insyallah. Kalau niat yang baik, pasti Tuhan balas dengan ganjaran baik. Percayalah.


{Foto: Dari Facebook Kak Elia}


Ada dua minit lagi untuk aku terus menaip di papan kekunci. Bukan apa, aku sedang praktis akan sesuatu, iaiatu sentiasa bergerak pantas dalam sesuatu. Kalau lambat, pasti kita ketinggalan. Makanya usaha itu berterusan sampai kini. Aku suka sesuatu tindakan yang tanpa ditunggu-tunggu, mau makan, ya segera kita bikin makan, mau tidur, segera tidur, mahu belajar, segera buka buku dan mudah lagi kalau mahu menaip, yang segera taip laju-laju.


Bicara tentang apa yang aku suka. Dua foto di bawah ini banyak menerangkan tentang itu! Yahhh, sudah jam 12:( Gagal lagi cipta rekod. Tidak apalah, yang penting usaha. Faham kan konsep aku kenapa harus 'laju'? Hari ini gagal, tak semestinya besok gagal juga. Yang penting kecekalan dalam usaha.


Cuba lihat ini. Aku bawakan kalian Laksa. Ini dia Laksa Singapura! Aku suka, kalian pasti suka.  


Hari ini tak ada apa sangat yang mahu aku ulas. Kerana masa tidak begitu cocok untuk aku mengulas dan bercerita panjang tentang sesuatu. Kalian mahu cuba laksa air tangan aku? Pasti terigau-igau. Haha.




Waktu lapang, sebelum tidur, aku punya hobi baru. Ambil drawing block, ambil pensel sebatang, pemadam sudah cukup untuk aku melukis. Potraiture! Dengan sekilas bayangan dan gerak tangan, ia terhasil walhal aku tak pandai langsung melukis. Sungguh. Tak pernah aku lukis sesuatu sebelum ini. Tiada apa yang ajaib, kerana aku yakin Tuhan itu selalu mencipta manusia dengan suatu kelebihan, yang tampak jelas mahupun tidak. Walaupun tidak hebat amat, ya ok lah, sekadar mencuba, bukan?


I believe on something, 


Tidak penting kita suka apa, yang pentingnya praktik secara praktis!

Saturday, April 28, 2012

PESANAN DARI SEORANG ANAK KECIL TENTANG BERSIH 3.0


Aku budak, tak dinafikan. Budak yang makin hari makin dewasa. Makin hari makin tahu sesuatu tentang 'dunia'. Dulu aku teringin nak ambil calon pilihanraya bagi daerah aku lahir. Ni konon-konon lah. Cita-cita waktu budak tak habis-habis, sekejap nak jadi itu, sekejap nak jadi ini! Tapi serius, aku nak jadi wakil rakyat, dihormati, dipandang ( gila kuasa jap waktu tu ), maksudnya jawatan biar padan dengan usaha gigih aku belajar.


Itu waktu itu. Tapi hari ini? Hari ini aku benci dengan kekusutan dunia! Makin hari makin ramai yang gila kuasa, walhal dunia ini milik siapa? 


Kita rakyat, kita boleh pilih siapa ketua mengikut majoriti, mengikut kelayakan dan peribadi calon. Kau sendiri pilih, kau sendiri yang nak 'bersih' kembali?



Macamnilah, aku seru kepada seluruh warganegara MALAYSIA, belajar sungguh-sungguh, cari kuasa masing-masing, siapa yang rasa layak, pergi bersidang di dewan rakyat. Pandai-pandailah kau orang buat dewan rakyat sendiri, cari rakyat sendiri, termasuklah siapa yang nak jadi rakyat kau, cari duit banyak-banyak, biar boleh bina negara sendiri, aku boleh cadangkan namanya, mungkin, "Negeri Sabda Aman Dunia Akhirat". Itu cadangan aku saja, kau boleh ubah sesuka hati kau kerana itu kau punya duit untuk bina negara, itu kau punya rakyat untuk kau ajar tatacara, tatakarma, tatabudaya, segala tata-tata yang wujud di dunia yang selayaknya manusia belajar!




Buang masa seru situ sini, demo tak tentu pasal, apasal kau tak letup bom, biar semua mati, biar Perdana Menteri Malaysia sekarang tak punya rakyat untuk disokong, tak punya pekerjaan untuk menjaga kalian-kalian semua!




Sungguh ini satu idea brilliant dari aku!




Seperti yang pernah aku cakap, payah untuk kemudi kalau pelayarnya lebih dari satu kepala. Semua mahu mengarah, tidak ada satu pun yang mahu diarah. Yang kaya buat cara kaya, yang miskin naik kepala, yang tak punya apa-apa diam sahaja. Mahu ikut kiri salah, ikut kanan salah. Pilih satu yang betul-betul layak pun, dikatakan belum layak. Seluruh dunia mengalami hal yang sama, rasuah di mana-mana, pembunuh mentaliti bersih rakyat. Kau fikir kau boleh memerintah? Aku tak sokong semua, kalau aku punya mesin masa, aku panggil Nabi Muhammad kembali, Yesus juga, dan semua ketua-ketua agama datang memerintah. Mereka kan penyebar agama kedamaian!!! Tak perlu pilih manusia biasa jadi ketua, mereka bukan nabi JUA. Itu hanya ANDAI...


Kalau kita rasa MALAYSIA tak bersih, jom lah pakat-pakat pindah Palestin. Siapkan barang-barang yang hendak dibawa, kita pindah kampung, tinggalkan kampung halaman kita yang tak bersih tu.......


"Macamnilah, aku seru kepada seluruh warganegara MALAYSIA, belajar sungguh-sungguh, cari kuasa masing-masing, siapa yang rasa layak, pergi bersidang di dewan rakyat. Pandai-pandailah kau orang buat dewan rakyat sendiri, cari rakyat sendiri, termasuklah siapa yang nak jadi rakyat kau, cari duit banyak-banyak, biar boleh bina negara sendiri, aku boleh cadangkan namanya, mungkin, "Negeri Sabda Aman Dunia Akhirat". Itu cadangan aku saja, kau boleh ubah sesuka hati kau kerana itu kau punya duit untuk bina negara, itu kau punya rakyat untuk kau ajar tatacara, tatakarma, tatabudaya, segala tata-tata yang wujud di dunia yang selayaknya manusia belajar!"

.............................................................................


Komen dari anonymous sebentar tadi; 


Katanya;

"kadang2, dakyah bodoh yang tak habis ditegakkan ' kalau tak suka, sila keluar adri malaysia' - itu menunjukkan kebodohan kau dalam berfikir. banyak benda lagi yang kau tak tahu."


Jawapan saya;

"Oleh kerana tidak saya tahu banyak tentang Malaysia yang banyak hutangnya dengan BANK DARI NEGARA LUAR, banyak rasuahnya, banyak makan duit rakyatnya, banyak memperjudikan emas, dan bahan kaya bumi yang lainnya, banyak buat perbuatan keji, berselindung di sebalik kebaikan, saya dengan ini menyeru mereka-mereka yang mengetahui, mereka yang suci hatinya untuk mendamaikan agama, yang punya banyak uang, banyak lombong bijih besi, banyak lombong emas, lombong bijih timah, lombong arang batu, untuk bina negara bersih, SEBERSIH-BERSIHNYA. Buka negara baru! Negara ini makan harta dari siapa mula-mulanya? Siapa tunggak/ kepala yang bina MALAYSIA? Bukan yang punya wang kah? Yang punya harta kah? Yang punya kecerdikan kah? Tak semua orang cerdik punya harta, maka mereka pinjam dari yang punya, tak semua orang punya mempunyai peluang untuk buka negara, makanya mereka memberi kepada yang berusaha. Kau tahu sejarah negara-negara dulu-dulu? Apa penglibatan negara tersebut dengan Malaysia? Penglibatan dengan Amerika dan negara-negara barat yang lain? Kalau sekadar tahu yang Malaysia, kau belum layak untuk membahas tentang hal ini!


Belajar sejarah? Belajar isu tentang pembukaan MALAYSIA? Belajar tentang sejarah dunia? Sila belek buku lagi. Aku budak yang baru belajar! Aku banyak buka buku, rujuk orang berilmu, tak tahu aku bertanya, yang tahu aku bertindak. Bukan bertindak dengan demo, tapi berhadap dengan beradab!


Saya tidak menyangka, pantas sahaja kalian semua mengadakan bersih, memang cara bicara rakyat Malaysia juga kotor, semain-mainnya mengata orang bodoh dalam berfikir! Anda sudah cukup bijak? 


Sila fahamkan maksud saya, saya tidak pernah mengatakan ' kalau tak suka, sila keluar adri malaysia'. Perlu difahamkan ayat sarcastik dengan penyata yang menegaskan sesuatu! Saya benci akan demonstrasi yang tak tidak ada apa-apa jalan keluar untuk membersihkan negara. Sekadar melaung, membuat huru-hara, berjalan ke sana ke mari, kenapa tidak wakilkan saja di antara anda untuk berbahas dengan menteri-menteri Malaysia? Kalau sampai bertumpah darah di situ, puas hati kerana melibat-libatkan kalian-kalian yang benar-benar pejuang saja, tidak melibatkan pejuang main-main!


Melontarkan kata itu harus berfikir terlebih dulu. Jangan main tembak hujah tidak semena-mena! Tapi tak apalah, saya orang baik-baik menerima pendapat dan kata-kata bodoh itu dengan IKHLAS:) Saya doakan anda menjadi seorang tokoh paling tidak pun menjadi salah seorang menteri, wakil dalam parlimen suatu hari nanti! Oh ya, semoga Tuhan merestui perjalanan anda untuk membersihkan negara. InshaAllah!"


Salam Hormat!



Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednessday: Chrysanthemum





" I'm using this flower to make my own chrysanthemum tea. Hurmmm, easy and so homey. Try yourself friends. "


Wednesday, April 11, 2012

Kisah Aku Dan Gempa Bumi.


Aku banyak kisah-kisah, banyak ceritera yang ingin disampaikan, tapi biarlah berperingkat-peringkat, mengikut musim yang aku turut alami. Kalau tak rasa, tak akan dapat nikmat menulis, ataupun sekurangnya pengetahuan menjadi bahan alami untuk bercerita.


Kisah gempa bumi. Aku pernah merasainya. Berulangkali, acapkali. Pokoknya kalau kau tinggal di negara Indonesia, kau tidak pernah terhindar dari yang namanya gempa kecualilah, kau tinggal di tanah borneo yang bebas gempa, cuma bencana lainnya itu biasalah, di mana-mana jua sering terjadi. Aku sambung ceritanya lagi. Yang benar-benar mengerikan sehingga menjadi suatu pengalaman pahit bagi aku tatkala mendengar hujan saja, ataupun pabila anak-anak berlari kejar-mengejar sesama mereka di atas pondok usang atau rumah papan wasiat nenek moyang yang menggegarkan papan lantai, fobia aku secara tiba-tiba, taku akan bencana gempa.


Itu dulu, sekarang tidak lagi tatkala gempa menjadi suatu kejadian yang acapkali berlaku dalam keadaan turut ada aku. Takut itu ada, pasrah lebih redha. Kalau tahun lalu, biasalah, tatkala holidays, mumpung abang serta adik turut free, kami adik beradik suka berjalan, berlibur ke mana-mana walaupun tanpa abah dan bunda. Kali itu kami ke Kota Bandung. Ya, perjalanan yang biasa, kami memilih destinasi yang lain dari yang lain. Tidak di kotanya, tapi di perkampungannya kerana kalau di kotanya sudah biasa kami tuju. Tujuannya memang berlibur sambil berehat dan bersuai kenal dengan masyarakat di situ. Sebuah kampung yang terletak jauh dari kota, kira-kira ambil masa lebih dari 3 jam dari kota bandung dan 3 jam dari Pantai Pangandaran, sebuah pantai yang sungguh indah yang menjadi destinasi untuk masyarakat Kota Bandung berlibur di sekitar pantai selain dari Pulau Bali. Namanya Kota Ciamis.


Pasti anda pernah terdengar yang namanya Tasik Malaya, bukan? Dari Kota Bandung, ke Tasik Malaya lalu tibalah kami di Kota Ciamis. Di situlah tempat kami tuju. Di situlah kami mengahdapi gempa. Gempa. Gempa itu suatu yang normal kalau di situ. Akhir gempa di kawasan itu kata saudara kami, kira-kira berlakunya 4 tahun lalu. Yang baru-baru ketika keberadaan kami di sana. Setahun yang lalu. Waktu itu seperti biasa, hari normal, orang bekerja, anak-anak dengan aktivitasnya, ibu-ibu melakukan kerja rumah, para peniaga berdagang, ya seperti biasalah. Kami pada waktu itu lagi santai. Aku dan adik-adik santai di kamar bawah saja, mudah dan abang di kamar ruangan banglo atas. Sama saja, di sebuah banglo. Sedang kami santai, tiba-tiba saudaraku mengejutkanku. Terdengar kecoh di luar.


"Fifi, caca, abby, bangun-bangun ayo keluar, buru, ada gempa!!!!!"

Kami terkejut. Terkejut sangat. Sampai terkelu lidah. Saya buru-buru keluar. Dan abang? Ya, saya lihat abang saya hanya pakai celana panjang tanpa berbaju kerana yaiyalah kami sedang istirahat, tidur di kamar. Dia juga terkejut barangkali, lantas dia terus berlari turun. Macam hero filem pula aku tengok. Dari 10 anak tangga, dia lompat ke 5 anak berikutnya dan begitulah kemudiannya. Cepat-cepat kami keluar. Aku panik. Aku lihat frame bergantungan gegar, seluruh benda berada di kedudukan yang tidak benar serta bumi, ya bumi seakan gegarnya kuat sekali. Aku dapat rasakan. Ya, kami semua keluar dari pintu dan pintu pagar sambil mengucap, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR. Begitu ramai orang di luar. Aku nampak batu-batu dari rumah orang, ranap sedikit demi sedikit, tapi syukurlah, rumah kami menginap selamat, tidak ada satupun yang rosak atau pecah. Heran juga. Padahal gegaran begitu kuat. Ada retak di bahagian pagar. Biasalah, gempa. Gempanya kalau tak salah aku, 7 skala ritcher ke atas. Lupa pula aku skala sebenar.


Doa aku pada saat itu, hanya satu, selamatkan kami semua Ya Allah. Perasaanku? Ya pastilah takut, takut terjadi apa-apa, kerana ibu bapa kami jauh di saat itu. Hanya abang yang menjadi penguat kami. Dan aku memeluk adik-adik yang lain, takut terjadi lagi gegaran kedua. Kami masih trauma ketika itu. Untung saja kami kuat semangat orangnya kerana sudah terbiasa diajar kuat, dan pandai bertindak ketika mengalami sesuatu bencana. Selagi boleh bertindak, bertindaklah, biar akal terus berfungsi untuk mengelakkan sesuatu. Setelah itu, alhamdulillah tiada lagi gempa yang kami khuatirkan. Menikmati hari-hari seperti biasa dengan rasa syukur sentiasa.


Dan bersempena dengan hari ini juga, aku mendengar kabar dari berita-berita semasa, gempa merata-rata tambahan pula di Aceh. Berita semasa khabarkan kepada kita, 8.9 skala ritcher. Tinggi juga ya. Tsunami 2004 kemarin, 9.1 skala ritcher. Tak banyak beza. Kenapa Aceh? Negeri serambi Mekah yang sering dilanda bencana? Ujian. Aku khuatir akan saudara-saudara di sana. Dan di negeri tanah tercinta juga dan di seluruh wilayah sekitarnya juga termasuklah Singapura dan Thailand. Aku mahu berada di samping keluarga pada saat ini...


Memang bencana ini kerja Tuhan. Siapapun, di manapun, kapan pun, akan terjadi dan terus terjadi, kerana Tuhan sentiasa menyaring penghinap-penghinap bumi. Membersihkan bumi itu perlu sedikit demi sedikit. Doaku tetap bersama kalian dan kalian di sana. Selamatkan anak Tuhan, termasuk kami dan kami yang tiada sempadan.




Ini waktu di Kota Bandung. Di Kota Ciamis fotonya ada dalam komputer di rumah. Di komputer aku punya, tiada. Nanti aku perkenalkan kepada kalian, kotanya ya.



Tuesday, April 10, 2012

Kisah Perjodohan Bonda dan Ayahanda.




Bonda di usia aku sudah jadi permaisuri hati abah. Jarak umur? 8 tahun. 


Aku teringin benar ikut budaya dulu-dulu. Manis. Anak dara dulu walaupun nikah awal, tapi tetap mahal. Mahal dalam sudut berhubungan dengan yang namanya jantina lelaki, angkuh dalam berurusan melibatkan kepercayaan namun tetap manis dan serba boleh dalam memperlakukan, maksudnya pandai memasak, cekap mengurus hal rumahtangga, bijak dalam mengatur kewangan, tangkas dalam bertindak serta banyak lagi hal-hal lain yang wanita dulu boleh buat sedangkan mereka bukanlah seorang akauntan, bukan juga seorang ahli politk, apatah lagi raja, tapi merekalah sebenar-benarnya permaisuri bagi hati anak-anak dan para suami. Wanita dulu kuat, tidak cengeng serta sangat mandiri dalam memperlakukan sesuatu.


Bunda. Ayahanda.


Itu foto nikah mereka 27 tahun lampau. Sudah lebih dua dekad mereka berkongsi suatu kehidupan yang indah walaupun banyak cubaan dan ujian yang melanda. Itu angin saja. Pokok takkan tumbang kalau akarnya kukuh diterima bumi. 


Aku juga aneh dengan masyarakat kini dan dengan ilmu Tuhan. Katanya jodoh di tangan Tuhan kenapa mereka yang berjodoh ada yang berpisah, bahkan tak kekal lama. Kalau jodoh di tangan Tuhan benar-benar, kenapa tidak mempersatukan hati mereka sehingga ke akhirnya. Ya, aku tidak boleh menyangkal sesuatu yang aku rasa itu betul dan itu salah. Tidak boleh aku meragui takdir Tuhan kerana semuanya sudah tercatat di Luh Mahfuz. Secepat mana peredaran masa, secepat itu juga aku terus berfikir akan hal-hal dunia yang bagi aku sangat penting untuk diketahui. Kadangkala yang tidak perlu aku tahu juga, aku ambil tahu kerana ilmu Tuhan tak akan pernah habis ditelan waktu, dan dimamah zaman yang makin maju!


Kisah perjodohan ayanhanda dan bunda.




Mereka tidak pernah bercinta. Tidak pernah kenal satu sama lain sebelumnya. Tidak pernah keluar bersama, jalan-jalan bersama, usahkan itu, bercakap juga tidak. Zaman dulu boleh begitu. 




Namun zaman kini lain, tanpa perkenalan, kau bakal dilenyek oleh yang namanya jantan, kalau kau tak betul kenal dengan orang tersebut. Usahkan itu, sudah benar-benar kenal juga, tak sampai sebulan sudah diugut bermacam-macam, kelima jari berani melempang, mengalahkan si ayahanda seorang, lagak heronya bak pahlawan, berani buat anak dara orang seperti anjing kurap yang tiada harga. Perempuan juga bodoh, simpan jantan sebegitu lama-lama demi cinta.




Ya, itulah yang dinamanya takdir. Mahu tahu lagi bagaimana mereka dipersatukan? 




Si lelaki mencari cinta sejati di sebuah daerah perkampungan setelah mempunyai kerja tetap. Zaman dulu kalau sudah si lelaki berjawatan pegawai, wah, kecoh satu kampung, heboh ke mana-mana. Zaman sekarang hanya usahawan yang dipandang, paling tidak doktor pakar bedah di hospital swasta, yang lainnya berbekalkan pekerjaan biasa dan memilih orang yang biasa-biasa. Al-maklum perempuan sekarang juga tidak begitu cerewet kerana takut akan usia semakin meningkat dan masih belum berpunya.




Si lelaki berani bertandang sehingga ke rumah berbekalkan percaya diri dan usaha gigih untuk mempersiterikan seorang perempuan yang belum dikenalinya? Heran. Nama perempuan hanya disebut-sebut oleh saudaranya pabila ditanya siapa perempuan cantik dan baik di kampung itu untuk dijadikan isteri. Bersungguh benar dia. Menghadap orang-orang tua si dara yang belum dikenalinya itu merupakan suatu yang berani. Bahkan si dara juga belum pernah menceritakan tentangnya, yaiyalah, kenal juga belum. 




And they are married happily ever after. Kira happy ending lah juga. Walau ada ombak badai melanda, aku pun lahir. Eh tunggu, kakak dulu lahir, kemudian abang dan kemudian baru aku dan dua orang adik aku lagi lahir. Sekarang ini semua dah besar-besar. Seorang sudah kahwin, yang lain masih single. 




Maaf cerita tergantung, sebenarnya panjang lagi cerita, versi lawak ada, sedih ada, gembira banyak, tapi sebab private and confidential punya hal, aku pun teruskan niat untuk berhenti menulis. Hamboi nak tahu kisah orang ye... Dah stop cerita nak tidur. Kroooh krooohhh. Bye. Selamat menikmati hari-hari bahagia anda bagi yang sudah berumah tangga, bagi yang belum, nikmatilah zaman solo anda sebaik mungkin kerana apabila anda sudah punya tanggungjawab, bermacam-macam hal yang perlu anda fikirkan kerana anda sedang menggendong isteri dan anak-anak ke syurga. 




Kali ini tergantung, aku sambung dengan full version versi aku ok nanti kalau aku dah jadi bini orang esok-esok. 




Motif aku buat karangan panjang tak melebihi 2000 patah perkataan ini dengan bertunjangkan niat dan motif buat si jejaka. Kalau betul-betul berkehendakkan si perempuan, tak payahlah nak mempermainkannya. Datang masuk meminang terus kan lebih bagus. Tak cukup duit buat cara tak cukup duit. Ni aku tengok banyak betul jantan di luar sana, ke hulu ke hilir dengan anak dara orang, merempit sama-sama, main muno je pandai pulak berpegang-pegang tangan, mula-mula kata nak jadikan permaisuri hati, si dara ni ye ye lah kan percaya, lama-lama kena hati-hati. Maksud aku perempuan lah kena banyak hati-hati. Jantan senang, umur 40 pun market diorang masih meluas sebab 'baby' berjantina perempuan makin banyak lahir.....




Haha, aku membebel macam mak nenek. Kali ni betul nih, migrain dah aku selalu tidur lewat nak siapkan itu ini. Maaflah sebab sudah lama saya tak menziarahi kawan-kawan blog. Janji, janji, Sabtu ini kita 'dating' di alam siber! Bagi link banyak-banyak senang saya click dan baca saja.




Sebelum nak undur diri tu, aku nak lah kan, letak satu foto kahwin-kahwin, agak-agak mimpi kahwin di puncak gunung ok juga. Mercu gunung tanda kejayaan. Melalut tak habis-habis.






Hehe, kahwin lah sangat kan;) Rindu kawan baik lah! Teliur nak makan kek secret recipe sama-sama.




P/s: Korang, High Five Jewelry banyak sales tau. Jom shopping kat situ. Hehe, promote!

Friday, April 6, 2012

A Gift From Cyber Friend.





Makan dan manusia tidak boleh dipisahkan. Sama ada makan untuk hidup atau hidup untuk makan itu bukan pokok persoalan. Yang aku tahu, aku tak mahu fikirkan sebesar mana pun masalah, serumit apapun kehidupan ataupun juga sesulit apapun kepayahan, namun berganjaklah untuk terus hidup dan hidup tanpa aku fikir mengapa dan kenapa, kerana ia tak akan berjawab dan dijawab. Itu cerita Tuhan yang menjadi rahsia. Aku lebih memilih untuk tidak mengetahui apa-apa daripada tahu terlebih awal dan kemudian aku tidak bertindak atas apa yang patut. Kadangkala manusia fikir lain dan kita fikir seolah-olah kita saja benar, kita saja betul, orang lain, yang lain semuanya salah. Kenapa terjadi begitu? Kerana ego satu perkara, kerana bebal dua perkara, kerana fitnah tiga perkara, kerana fitrah empat perkara.


Aku tak mahu cemari hari keberuntungan aku dengan bebelan yang tak jelas. Kita langsaikan apa yang aku ingin bicarakan.


Tentang persahabatan. Walaupun sekadar persahabatan alam maya. Memang aku tak nafikan, aktiviti harian aku, banyak berkurung, banyak menulis, banyak merungkai, banyak belajar, banyak menyendiri, banyak dan begitu banyak yang aku fikirkan ianya lebih ke arah positif. Mama risau, kalau aku keluar, banyak kes-kes yang digeruni sekarang. Jadinya berdiam lebih baik, lebih-lebih lagi tinggal di suatu tempat yang kita sendiri tak kenal siapa-siapa melainkan sahabat dan juga jiran tetangga. 


Aku mula daftar blogspot.com pada Mei 2010. Waktu itu aku tinggal di Kota Jakarta. Aku berblog setelah aku lihat seorang senior aku yang sedang menuntut di UITM DUNGUN, meletakkan atau dengan kata lain membuat posting di beranda facebook nya tentang hasil penulisan di blog. Aku dengan segera click laman blog tersebut untuk membaca apa yang ditulis. Ternyata berblogging is such a fun activity where whenever you are you still have time to write your life stories in it dengan dua niat, satu niat untuk berkongsi cerita, satu lagi untuk bercerita tanpa disangka-sangka orang lain turut membacanya! Diari yang meletakkan pengkhususan penceritaan dengan hanya menaip papan kekunci lalu terpapar di skrin komputer. Enak juga.


Mula-mula aku bingung, bagaimana mahu mendaftar blogspot ini, dengan design blog yang begitu bling bling ketika itu, dan bagaimana mahu menulis di blogspot. Macam-macam yang berada dalam fikiran. Susah juga pada awalnya. Memang payang tambah-tambah aku blur bab coding. Lalu, melalui senior itulah, aku belajar sedikit demi sedikit. Lama-lama aku belajar lagi dengan banyak lagi rakan siber lain.


Pada awal-awal aku blogging dulu, nama-nama yang masih aku ingat dan kenal rapat ketika itu ialah Aiz yang pandai design website tu, Ifa Tasya, kak syariniey amran, Miszlullaby yang belajar kat Moscow, Bro Fauzi Aryaan, Akmal Hilmi, Angah, Ti anne mohd yassin and banyak lagi lah. Tak terhitung lah pokoknya. Masa tu aku belom kenal lagi betul-betul artis alam siber macam Fatin Liyana, Cik Epal, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha dan banyak lagi yang sedang meletup-letup namanya kini, sebab masa tu aku masih kuno IT. Tup tap tup tap duk berblogwalking jumpalah blog comel dan blogger comel Irine Nadia Marcello. Fikir aku, kenapa Marcello, ni minat kat Aidi Marcello ke apa, almaklum remaja masa tu minat ala2 muka Aidid Marcello, belum ada lagi budaya K-Pop meresap, belum ada. Fikir-fikir balik, mungkin itu trademark dia kot. Hehe, takut nak tanya Cik Irine sendiri. Macam aku lah, trademark aku Maration, entah dari mana aku kutip Maration, aku sendiri musykil. Nak kata nama bapak, nama atok jauh sekali, Eh?


Ok, aku bertuah sebab mula-mula aku berblogging dulu semua orang duk pakat tolong aku, dari web designer, hinggalah cameraman, hinggalah cikgu, hinggalah bakal doktor hinggalah macam-macam lagi pekerjaan blogger yang baik dengan aku ni. Dari situlah aku gigih belajar (ayat skima kejap), dengan tekun, menghayati benda apa lagi yang aku perlu letak dalam blog.  Aku main redah je, tak jadi aku buat lagi, buat lagi, sampai henyot tak betul pun kedudukannya pun takpe, asalkan aku usaha. Lama-lama hasilnya macamni lah. Layout aku dulu lawak tapi lawa. Lawa bagi aku lah, tatapan mata orang lain aku tak tahu. Blog aku dulu warna merah pernah, warna kuning pernah dan warna hitam pun pernah!:) Masa tu kalau tak salah aku zaman bling bling. Semua pakat nak ada snow.. haha. Aku sampai sekarang kot pakai snow tu. Ni haaa, ala-ala filem korea tu lah. 


Dari satu bulan ke satu bulan, cinta kami begitu tragis. Tragis sebabnya antara aku dan dia kini jarang dapat bersama. Aku dengan blog lah. Ye lah, masa buat blog dulu kemain excited, sambil hadap buku hadap blog, sambil hadap blog, hadap makan, sambil hadap makan, hadap tv, sambil hadap tv, hadap blog lagi. Sekarang? Waktu sangat mecemburui kita, apabila aku menghadap bulan, aku berharap yang kau akan membuat hal yang sama dan tidak ternanti-nantikan aku untuk menulis, menatap tajam ke arahmu skrin komputer. Mata ku sudah berpinar, kerana asyik sering menghadap blog, jadualku tidak teratur lagi, inikah gejala cinta yang kau sebarkan? Ahhh, aku sebal, sebal!!!!


Maaf, terlebih drama, begitulah yang aku maksudkan, kalau dulu aktif benar aku menulis, kini seminggu sekali tu akan InsyaAllah. Nasib baik pembaca tetap ada untuk membaca, sebab aku takdelah expect aku macam akak doktor comel Fatin Liyana, apatah lagi model berbadan ramping Hanis Zalikha, kerana aku bukan siapa-siapa bagi dunia, tapi dunia aku ialah siapa-siapa bagi aku. Dah berapa kali aku sebut nama depa kat ruangan blog ni, agak-agak depa tersedak tak? 







Itu baru separuh aku cerita. Kita sambung sikit pokok persahabatan yang aku kecapi dari alam maya, ataupun alam siber. Seronok bila berkenalan dengan orang baru tapi tetap kena berjaga-jaga sebab tak semua orang baru itu cocok untuk kita dekat. Manusia kini terdesak, banyak ragamnya, aku jadi takut untuk membaca suratkhabar dan ketakutan ini terbawa-bawa sehingga hari ini. Walaupun terjadi kepada orang lain, namun aku seakan merasakan ketakutan itu tambah-tambah lagi aku sedang jauh dari keluarga. Tapi aku percaya akan suatu hal, iaitu kekuatan akan menghapus segala titik takut yang bakal menjadi bala kepada diri sendiri. Contohnya, kau takut lipas, dan apabila kau jumpa lipas, kau tiba-tiba kaku. Jangan kaku, cuba cari jalan, elakkan dari lipas terbabit untuk dekat dan dekat.


Eh, selalu lari topik panjang lebar ni. Ok, nampak tak hadiah di atas tu? Tak nampak? Gambar sebesar-besar tu tak nampak? Tu lah duk asyok sangat berblogging, sampai mata pun dah rabun. Ok itu pemberian dari seorang teman alam siber yang sangat fifi nak jumpa di alam real. Beliau adalah pemotret hebat bagi fifi sebab fifi dapat tengok and cakap macamni, 'eh, jadilah dia lukis, sebiji sama'. Haa, tu hebat namanya kan? Beliau pandai lukis vector tau. Kalau dulu fifi pernah cerita kat kalian tentang dia si ruangan ini tapi hari ini dalam ruangan ini pula. hehe. Banyak sangat ini nanti tertukar pula. Tahu tak beliau siapa? Beliau ialah Azhafizah Mohd Nor ataupun fifi panggil Kak Fizah Si Hati Merah Jambu. Fifi memang suka panggil orang dengan nama trademark blog nya sekali supaya senang fifi ingat. Nanti kalau dah jumpa pun akakn tetap panggil nama tu jugak. Nanti kalau tak ingat sekali dengan blog, terasa lah pula kan, penat-penat dia berbaik dengan kita, tiba-tiba kita lupa blog dia apa. Kalau aku pun aku sensetipppp macam seleteppp beb. Haaa, itu kau punya hal lah kalau nama kau mamat tapi nama blog budu, aku panggil mamat budu lah. Jangan marah aku pula eh. Hehe


Terima kasih Kak Fizah Merah Jambu. Nanti fifi kasi coklat macam haritu lagi ok. Doakan semoga rezeki saya terus masuk supaya saya boleh berkongsi dengan teman-teman lainnya. Betul, aku perhatikan semenjak dua menjak ni, kalau aku tak berkira, tuhan pasti gandakan rezeki aku, tapi time aku nak save je, tuhan pasti buat aku kena keluar dan makin keluar juga macam air suam yang terus aku minum tanpa aku minta. Itu keperluan oiii!!!! Pokoknya, jangan kedekut, Tuhan marah, aku lagi marah. Siapa nak diskaun banyak-banyak, shopping lah dengan aku, silap hari bulan, barang free je kau dapat. hahaha.


Ada siapa-siapa nak bagi aku hadiah? Boleh aku gebang nama kau orang kat sini, besar-besar. Cisssss. Haha. Ataupun korang nak hadiah apa dari aku? Nanti aku masakkan korang nasi lemak lah, aci??? Kau orang kan kawan alam siber aku yang paling baik........ Sila kembang kempis hidung. Aummmmmmmmmmm, mengantuk, tidur. Ini aku tulis dalam keadaan kalut, rushing dan pelbagai kejadian lainnya. Makanya jangan kutuk tulisan aku kali ini. Ini je lah yang mamou aku buat, sebab aku tak mampu tulis lebih-lebih, siapalah aku. Hehe, malah ni merendah diri, sebab nak spare cerita-cerita gebang-gebang gebung besok-besok. Esok kan masih sempat.....



Sila like Fan Page Online business aku. High Five Jewelry. Aku paksa ni paksa. Haha. Siapa refferal terbanyak, aku bagi barang free! Tak habis-habis dengan free, mestilah, murah rezeki. Kan? Siapa yang berbaik hati nak letak link ni dekat sidebar kau orang pun boleh, nak shopping and nak dapat discount banyak2 pun boleh, sebab aku memang murah hati. Ok bai. Iyi geceler tatlim. Ok fine aku mengaku google translate. Au nak gi Istanbul macam mana ni aku belum belajar bahasanya? 



HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails