Followers

BLOG STATUS UPDATE

~ 2015; Time to achieve many things, being someone's special, loved by everyone!


Tuesday, November 17, 2015

PRIZE GIVING EVENT #MYSANGKAYA2015


Assalamualaikum and Hi!


Setelah sebulan berlalu, inilah masanya untuk saya menulis serba sedikit dan memaparkan foto kenang-kenangan di PRIZE GIVING EVENT #MYSANGKAYA2015 tanpa memerap post ini dengan lebih lama. Sebelum ini, ada apa-apa acara pun saya jarang nak update. Namun, semenjak blog ini kembali aktif, macam-macam cerita pula nak dipaparkan, itu pun bergantung pada mood saya untuk menaip. Kadang-kadang tu, dah taip, padam, padam, taip, berulang kali berlaku. Untuk pengetahuan anda, contest ini dianjurkan oleh Sangkaya sempena bulan kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos lalu, dan event ini berlangsung pada bulan Oktober 2015 di Outlet Sangkaya yang terletak di dalam Sunway Pyramid.


Berlangsung sederhana dengan kehadiran beberapa peserta yang memenangi Video dan Photo Contest, mereka berjaya memaparkan betapa pentingnya kelapa terhadap kehidupan seharian kita di Negara Malaysia dengan gambaran yang terbaik dan salah seorang yang memenangi pertandingan ini ialah saya. I won under Photo Category (as i told you on the previous post. Click here to read)


Setelah menerima hadiah berupa Voucher RM 200 daripada Sangkaya dan ditemuramah pendek oleh team mereka, kami pun apa lagi, terus merasmikan voucher tersebut dengan beberapa pembelian. By the way i bring along my sisters and my father untuk merasai kenikmatan coconut ice cream yang super special ini. We were are all happy, sebabnya kami berpeluang untuk mencuba menu baru Sangkaya, iaitu cendolnya.


Ok, stop babbling and i'll straight away attach you the pictures!


We arrive sharp at 4.45 PM. 15 minutes before the event. Ok lah kan, tak lewat.


Sebelum tu kena isi macam borang pengesahan yang kita membenarkan rakaman ataupun foto disiarkan di dalam mana-mana laman media sosial mereka.


Saya ada foto untuk peserta  Best Photo Category sahaja. For the winners of Video Category, my sister tak capture pun. Lupa katanya. Tak apalah, lain waktu, berjumpa lagi, boleh say hi hi dan ambil foto sesama.


When HFJ BOSSES met SANGKAYA BOSSES. We really love the SANGKAYA experience and want to be the successful 'SANG KAYA' ones as well.

Let's start working hard now to make our goals happen! @sangkayacreamery is the best! You definitely have our supports guys!


Wefie from us. All the ladybosses are here. Ms Fifi and Arisha with the lady behind the ever famous Sangkaya - NUTS ABOUT COCONUTS, Ms. Sangrida Kaya at the Prize Award event, ‪#‎mysangkaya2015‬. For those who don't know, Sangkaya's brand is named after her name :p


Orang kuat Sangkaya ni! Hope to see you again Sis Elle.



We screammmmmmm COCONUT ICE CREAMMMMM! Be remember to post  your photos on Instagram and  #sangkaya whenever you get Coconut ice cream from any SANGKAYA outlet.


Cha Yen or Signature? Of course we chosed Signature! Yummy sangat uolls!


Our cendols. Yummylicious. This is the best so far selain daripada Signature. YES, I WOULD DEFINITELY REPEAT ORDER for Cendol Sangkaya and Signature Coconut Ice Cream.


I still have lots. Any blogger want to hang out with me? Let's meet up and i'll treat you with this SANGKAYA!


Throwback. When i was being interviewed by SANGKAYA team yesterday after the prize awarding. I'm eagerly waiting the official video from them! Thanks to the whole team especially to the big bosses of Sangkaya John Isaac Ho & Ms Sangrida. Oh ya, not to forget, thanks to Sis Ell also for being supercool.

I love ‪#‎sangkaya‬ , what about you?


The End. Tapi tak the end mana jugak sebabnya  setelah itu kami berlegar-legar di ruangan Sunway Pyramid untuk mencari sport shoes buat Si Fifiey Lychee Maration. Maka bertafakur lah beliau duk memilih kasut di rumah kasut ADIDAS. Balik-balik singgah melahap di William's Corner PJ. Nantikan cerita saya tentang kasut dan makan, makan dan kasut. Hahahaha. Bai.


"AND YES, WE ARE NUTS ABOUT COCONUTS."


Website: www.sangkaya.co
Facebook: Sangkaya
Instagram: @sangkayacreamery
Contact Number: 03-7972 7798


My Rating:
Food and Beverages: 5/5
Place: 5/5
Service: 5/5



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

Monday, November 9, 2015

COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA @ UPTOWN DANAU KOTA, SETAPAK, KUALA LUMPUR.


Weekend lalu saya diajak beberapa teman untuk berkunjung ke Uptown Danau Kota setelah menikmati hidangan makan malam di area berdekatan KL FESTIVAL MALL. Seingat saya inilah kali kedua saya menjejakkan kaki ke sini. Pertama kalinya adalah pada Ramadhan tahun lalu. Bukan kerana 'tunjuk gaya' tak mahu ke midnight bazaar, namun memandangkan peneman dan saya sendiri yang kurang menggemari tempat yang seperti 'lautan manusia', mahu macam mana lagi, terpaksalah asal syarat saja untuk turut berkunjung ke mana-mana midnight bazaar atau dikenali juga sebagai pasar malam di kalangan masyarakat kita.


Namun, pada kali kedua ke sini, i had so much fun! Saya meneroka lebih banyak tempat, dari pusat jualan pakaian, kasut, perfumes, beauty stuffs, handbags dan banyak lagi serta makanan, minuman hinggalah tempat-tempat yang menawarkan khidmat urutan, tangan, bahu, kaki dan sebagainya. Jadi kalau anda dah berpenat berjalan-jalan sekitar uptown, bolehlah anda bayar servis urutan yang ada di bazar ini.


Menariknya lagi di sini, banyak barang yang dijual adalah dengan harga yang semaksimal murah dengan kualiti yang boleh tahanla. Kena pandai-pandai pilih la yang mana elok, yang mana tidak. Perbandingan dari segi harga dan kualiti itu perlu sebelum membeli sesuatu benda. Kalau saya sendiri, jika saya ke bazar, saya lebih menggemari meneroka gerai-gerai makanan atau minuman yang 'pelik-pelik' dengan erti kata lain rare gitu yang mana di tempat kita payah nak jumpa. Kebetulan saya memang suka makan.




Nak dijadikan cerita, saya terpana tengok barisan gerai yang penuh dengan jualan makanan dan minuman. Bab tengok makanan dan minuman memang melilau mata saya ni haa, nasib baik la dah makan kenyang itu sebab dah tolak tepi-tepi dan jauh -jauh taknak beli apa-apa makanan sebab dah terlalu kenyang dann kalau makan jugak memang tersangatlah tamak dan membazir amalan syaitonirrajim. Hahaha. Akhirnya ku jumpa apa yang ku inginkan. Cewahh. Now kakak nak perkenalkan kat adik-adik yang belum tahu, inilah COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA. Bagi pengunjung tegar yang tiap-tiap minggu ke Uptown Danau Kota, dah tentu-tentu uolls tahu kemunculan gerai cool ni kan?



Satu yang paling kami suka dengan gerai ini, walaupun lokasinya di bazar tapi perghhh cara brother ni approach customer, memang layak dipuji, setaraf dengan di restoran mewah. Kebanyakan lokasi restoran di KL ni yang saya tak suka adalah servis mereka yang kurang menyenangkan. Bayangkan, duduk kemain lama di kerusi, boleh buat-buat tak nampak macam kita ni duduk nak mintak makanan free saja, buku menu tak bawak, ditanya kita nak makan apa pun tak. Kalau restoran tu self service bolehlah faham, tapi ni restoran yang normal-normal yang sepatutnya pelayan kena amik order kita. Penyudahnya, bagi restoran yang sebegitu, saya tinggalkan saja meja nya, dan beralih saja ke tempat lain yang lebih menyenangkan hati saya.


Konsep mesra pelanggan di sini sangat menggembirakan hati saya, ibarat hilang lelah berjalan ronda-ronda seluruh bazaar. Kami membaca setiap menu di board itu namun biji mata kami tak dapat menggambarkan yang mana satu tekak kami paling suka. Kemudian beberapa saat berlalu, datangnya brother sorang ni, saya rasa inilah tokey nya, ditanya sekaligus memberikan cadangan yang mana menjadi kegemaran ramai customer nya dan yang mana rasanya lebih special dan enak, semuanya diterangkan dengan jelas dalam beberapa rangkap kata dan diangguk oleh kami tanda paham....penyudahnya, satu isi kereta order minuman yang sama, iaitu Ice Milk Green Tea. 



Biasalah perempuan, gaambar ni tak elok, ok, snap lagi, ala tak elok lagi, snap lagi please, lah tak elok lagi, snap lagi laah, sorry susahkan tapi memang kena snap lagi...Dan hujung-hujungnya pening sendiri nak upload yang mana di blog atau Instagram sebabnya terlalu banyak pilihan.



Thanks guys for making me like the real cowgirl. Ada gaya tak?



Ice Milk Green Tea (RM 7.00)

Nyumm nyumm, sedapnya. Takleh nak gambar rasanya camna tapi lebih kurang macam yang di boat noodle punya kot. It's about to finish baru ingat nak ambil fotonyaa. Tak apalah, yang penting kalian sendiri yang kena try dan nikmati keaslian rasa Ice Milk Green Tea from COWBOY'S TOWN COFFEE & TEA. Untuk harga bagi minuman lainnya anda harus kunjungi dan tanya sendiri ye tokey nya yang tak lokek suara nak menjawab setiap persoalan yang ditanya. Hihi.





"I'm Farhanis Shafifi and i support local product. What about you?" 

Facebook: Cowboy's Town Coffee & Tea
Instagram: @cowboytowncoffeeandtea


My Rating:
Food and Beverages: 5/5
Place: 3/5
Service: 5/5 



Fifi.
Till Then,
Assalamualaikum.

HAL-HAL BERKAITAN YANG LAIN:

Related Posts with Thumbnails